Penyanyi dan penyampai radio, Raqib Majid menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan dirinya adalah punca mengapa isterinya, Tasha Manshahar berhenti daripada dunia nyanyian.
Katanya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Tasha lebih awal sebelum dia berkenalan dengan penyanyi itu lagi.
“Kebanyakan orang ingatkan saya yang menjadi punca mengapa Tasha berhenti menyanyi tapi sebenarnya tidak. Itu adalah keputusannya sendiri.
“Tasha telah membuat keputusan tersebut lebih kurang dua tahun yang lalu iaitu sebelum perkenalan kami lagi,” katanya ketika ditemui di Majlis Ulang Tahun Radio Zayan yang pertama bertempat di Nu-In Cafe, Bandar Baru Bangi.
Tambah Raqib, sebagai suami dia sentiasa menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat oleh isterinya itu.
Langsung ditanya adakah Tasha akan memulakan semula kariernya dalam bidang nyanyian satu hari nanti, ini jawapan yang diberikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia 9 itu;
“Saya rasa tidak, jadualnya sebagai seorang guru membataskan dia untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.
“Lagipun kerjaya sebagai seorang guru itu sendiri sudah pun mulia,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Raqib turut memberi tahu, buat masa kini mereka belum mempunyai perancangan untuk berbulan madu kerana jadual kerja yang tidak mengizinkan.
“Untuk pengetahuan, saya hanya berjumpa dengan isteri saya pada hujung minggu kerana saya bekerja di Kuala Lumpur dan dia di Melaka.
“Bagaimanapun, kami sudah merancang untuk tinggal bersama dalam masa yang terdekat,” ujarnya.
Foto: Instagram Raqib Majid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI