Menerusi entri Instagram Rita Rudaini, pelakon ini berkongsi foto wanita sihir dengan kapsyen yang seperti ditujukan buat seseorang.
Bintang ini ada mempersoalkan mengapa individu ini sering menjaja cerita dan hairan apabila yang mendengar turut sama terpengaruh.
“Cuba teka…dlm pic tu dia pakai tudung ke costume witch? asyik menyucuk n cerita burukkan org je.
“aku xkacau hidup hang pon…yg tukang dgr tu pulak sama busuk…xle pikir ke,org yg suka menyampai cite,burukkan org lain dlm masa yg sama dia menunjukkan KEBURUKAN HATI dia sendiri..mmm.
“Hat yg dengaq pon sama naikkkk #busukhati…nk ckp ‘artis ni dungu’? kemonnn makcikkk…lebih baik DUNGU dari HATI BUSUK…huduh perangai mung..hokk ollohhh,” tulisnya.
Meluahkan kesyukuran dikurniakan dua zuriat menyerikan kehidupannya bersama Shaheizy Sam, Syatilla Melvin mengakui meski rutin harian berubah 360 darjah, namun itulah hadiah paling bermakna dari Allah SWT.
Bekas finalis Dewi Remaja itu berkongsi rasa menerusi salah satu postingnya di Instagram.
“Bila dh ada anak2 ni kan, hidup kita 360’ berubah! Walaupun depa kecik dan belum faham pasai hidup pasai dugaan tpi anak2 ni lah yg bukak mata kita ibu bapak supaya jadi lebih baik utk diri sendiri dan utk depa.
“Allahuakhbar betapa powernya hadiah2 dari allah ni, sebb anak2 jugak aku kerja lebih keras dari dulu, sebab anak2 la aku belajaq utk besabaq!!
“Bukan senang utk jadi org yg penyabaq, kadang2 kantoi teruk jugak!” tulisnya.
Pelakon berusia 28 ini turut memohon doa agar anak-anaknya dipelihara darioada sebarang musibah.
“Betul lah org kata, anak2 ni pengikat kasih syg antara kita dan laki kita. Nak buat apa pun lani,semua pikiaq anak dulu.
“Aku harap bila depa dh faham nnti,depa boleh terima yg depa ada bubu yang kepala otak tak berapa nak betoi, syeriv pun duk nampak dah sikit2 dia punya xbetoi tu.
“Moga allah pelihara dan lindungi anak2 aku. Aku rela semua sakit mai pindah kat aku dari anak2 aku yg merasa..amin ya allah,” kongsinya panjang lebar.
Pelakon Syatilla Melvin, ada berkongsi foto bersama rakan lama, Neelofa menerusi laman Instagram miliknya.
Umum sedia maklum, mereka berdua pernah bersaing dalam Pencarian Dewi Remaja kira-kira 9 tahun lalu dan masing-masing kini sudah pun berjaya dalam kerjaya seni.
“Sama-sama atas platfrom Dewi Remaja, banyak yang dah berubah dan merubah.
“Thank you support aku beb,” tulis ibu kepada dua beranak ini.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut sama throwback mengenai pertandingan edisi tersebut yang turut menampilkan beberapa finalis yang kini turut mencipta nama dalam seni.
Antaranya Izara Aishah, Anzalna dan Azar Azmi.
Neelofa diumumkan sebagai juara menerusi pertandingan tersebut.
Foto: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...