Pelakon, Hairul Azreen Idris , 30 tahun hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah tengah hari tadi, jam 2.05 petang untuk memberikan keterangan kes melepaskan tembakan tanpa lesen di belakang rumah bapa saudaranya di Kampung Parit Jerman, Sitiawan pada Julai 2016.

Kerana Video Viral Tembakan Senapang Patah, Hairul Dipanggil Untuk Beri Keterangan!
Hairul kelihatan tenang sewaktu tiba di premis berkenaan memakai t-shirt berwarna biru sambil ditemani dua rakannya.

Dia bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen kepada wartawan dan ingin menunggu sehingga selepas keterangannya diambil oleh pihak polis terlebih dahulu.

IKLAN

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah dalam sidang medianya pagi tadi memaklumkan siasatan polis dilakukan terhadap Hairul Azreen dan bapa saudaranya berusia 70 tahun membabitkan kes melepaskan tembakan tanpa lesen.

Katanya, ia selepas video berdurasi 49 saat menunjukkan aksi juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama itu melepaskan dua das tembakan ke udara tular di Youtube sejak beberapa hari lalu.
“Hasil siasatan awal berdasarkan keterangan diberikan bapa saudaranya mendapati bapa saudaranya itu ingin menembak kera di ladang sawit di belakang rumahnya.

IKLAN

“Hairul yang ketika itu pulang ke kampungnya ingin mencuba senapang itu dengan melepaskan dua das tembakan ke udara dan aksi itu disaksikan beberapa ahli keluarga dan rakannya,” katanya pada sidang media di IPD Perak Tengah, hari ini.

Kerana Video Viral Tembakan Senapang Patah, Hairul Dipanggil Untuk Beri Keterangan!

IKLAN

Apa-apapun MH doakan segalanya berjalan lancar buat Hairul.

Sumber: Harian Metro Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI