Beberapa hari lepas, pelakon Betty Rahmat dikritik segelintir pihak yang bimbang akan situasi kandungannya gara-gara menyanyikan lagu bernada tinggi.

Lantaran itu, Betty telah memuat naik satu kenyataan di Instagram untuk membidas semula kritikan yang telah dilemparkan kepadanya itu.

Betty memberi tahu, suaminya sedikit pun tidak kisah tentang segala aktiviti yang dilakukannya ketika ini kerana percaya segalanya telah ditetapkan oleh Allah.

IKLAN

“Hi suamiku! Suami saya tak marah pun saya nak nyanyi. Kenapa awak sibuk jadi doktor, bidan atau tuhan? Kalau awak takde benda baik/positif nak comment, saya sarankan tak payah comment.

 

“Awak simpan je petua/pantang larang nenek moyang/kisah sedih buat pedoman diri & keluarga sendiri bila mengandung nanti.

 

“Saya tak dengar cakap orang sebab saya selalu fikir yang best-best dan positif & paling penting saya percaya semua milik Dia. Sekian terima kasih! Yang benar, tiada yang benar selain yang benar benar belaka.

Tambah Betty, orang ramai tidak perlu menjadi doktor atau bidan kerana dia tahu bagaimana untuk menjaga diri dan kandungannya itu.

Katanya lagi, dia tidak peduli dengan apa yang diperkatakan segelintir pihak kerana hanya memikirkan tentang perkara-perkara yang seronok dan positif.

IKLAN

Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh pelakon tersebut.

“Kenapa Sibuk Jadi Doktor, Bidan Atau Tuhan?”- Tiba-Tiba Betty Rahmad Naik Hantu Kenapa?

IKLAN

“Kenapa Sibuk Jadi Doktor, Bidan Atau Tuhan?”- Tiba-Tiba Betty Rahmad Naik Hantu Kenapa?

Terdahulu, Betty, 36 telah berkahwin dengan Ardy Damis, 31 pada tanggal 4 Februari 2018 dan kini sedang menanti detik kelahiran cahaya mata tidak lama lagi.

Foto: Instagram Betty Rahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI