Pemuzik yang juga merupakan suami pelakon Izreen Azminda, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih sinonim dengan panggilan Ude memaklumkan, mereka tidak mengadakan majlis resepsi seperti yang disangka ramai. Sebaliknya, itu hanyalah untuk sesi fotografi.

Ude menjelaskan perkara tersebut menerusi kenyataan di akaun Instagram beberapa jam lalu.

“Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. Sy dan Istri ingin merakamkan jutaan trm ksh kpd semua team n krew yg bertgkus lumus menjayakan SESI FOTOSHOOT kami.. dgn konsep yg dibuat ala2 majlis sbenar.. Sorry kpd semua yg ingt sy x jmput mereka.. bkn majlis ye..fotoshoot je? —SORRY KEPADA SAHABAT2..SAUDARA MARA.. PIHAK MEDIA DAN KEPADA SEMUA..

 

“Yang ingat kami tak jemput sorry yer..fotoshoot jer pun ? Dan ribuan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pihak sponsor yg menjayakan FOTOSHOOT kali ni… TIP TOP!! MMG BETOL2 IKUT KONSEP YG KORANG DAH PLAN… KONSEP “WEDDING SEBENAR,” tulisnya.

Pada masa sama, Izreen juga turut berkongsi entri suaminya itu di Instagram miliknya.

IKLAN

Kenapa Majlis Kahwin Macam ‘Senyap-Sunyi’, Tak Ada Orang? Ini Jawapan Ude Wahid

IKLAN

Secara tidak langsung, ia menepis spekulasi netizen mengenai suasana majlis mereka yang dikatakan ‘senyap-sunyi’ dan seperti tidak ramai yang hadir.

IKLAN

Foto: Instagram Izreen Azminda

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI