Kecoh baru-baru ini apabila penyanyi, Siti Sarah Raisuddin digelar biadap oleh netizen.

MH difahamkan bahawa Sarah ada memuat naik video di Instagram, dia tidak mahu membeli barangan yang dijual oleh seorang ‘pakcik’.

Susulan itu, Sarah memberikan penjelasan mengenai kisah sebenar video tersebut bagi mengelakkan salah faham netizen.

“Dia adalah bapa kandung saya! Kami hanya bergurau…dari video ini sebenarnya apa yang kita boleh tengok dia sangat sporting.

“Melayan karenah anak-anak yang suka bergurau.

“Nak dijadikan cerita, ada pihak yang kurang bijak mengatakan saya biadap! Sebab tak beli barang pakcik ini.

“Nak beli apanya kalau dia beli untuk diri dia sendiri, kami cuma bergurau. Kenapalah suka sangat nak keji orang tanpa usul periksa!

“Moga ALLAH SWT permudahkan hidup kalian. Amin,” tulisnya.

IKLAN

Laa, bapa Sarah rupanya. Patutlah Sarah ‘marah’ digelar yang bukan-bukan…bapa sendiri kot.

Pada MH, perkara ini sebenarnya boleh dielakkan kalau Sarah terus menjelaskan bahawa dia sedang bergurau.

IKLAN

‘Kenapa Lah Suka Keji Orang Tanpa Usul Periksa!’- Apa Kes Sarah Raisuddin Keluar Statement Macam Tu?

IKLAN

Yalah, sekarang ini…golongan makcik bawang kan menunggu sahaja mangsa untuk dikeji.

Apa-apapun, MH terhibur dengan video tersebut dan bapa Sarah memang sporting habis!

foto: Instagram Siti Sarah Raisuddin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI