Nyata teruja dengan usaha isteri, Fasha Sandha yang sekali lagi melakukan kejutan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32.
Kali ini, sambutan diraikan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), sejurus pasangan itu menyambut hari jadi di Phuket, Thailand selama beberapa hari.
Menerusi Instagram, Aidil Aziz sempat mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat dan pastinya, kejutan ini tak pernah dibuat orang!
Namun, dia cukup terharu dan menyatakan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis serba ringkas ini.
“Terima kasih kepada Isteri & semua yg terlibat di dalam menjayakan my surprised birthday dalam KLIA.(tak pernah dibuat org).
Ads
Lots of love pada semua yg hadir,” tulisnya yang turut dilihat ada membalas komen kenalan yang tidak sempat hadir.
Bagaimanapun satu hal yang menarik, beberapa keping foto yang turut merakamkan Fasha menimbulkan spekulasi ramai yang dia kini mungkin sedang berbadan dua.
Tampil berbaju T sama jean, perut pelakon ibu kepada dua anak ini dilihat agak menonjol.
Ads
Sekadar mengimbas, kedua selebriti ini dijabkabul pada 30 Mac lalu. Ini perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk Fasha.
Bintang jelita itu pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.
Foto : Instagram Aidil Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi tips berguna buat ibu di luar sana, Yasmin Hani memaklumkan adalah penting buat para ibu untuk mengetahui apa cara untuk bertenang.
Ulasnya, dia memahami tekanan para ibu menguruskan tugasan pejabat dan anak-anak di rumah, namun apa yang penting, istighfar terlebih dulu sebelum ‘meletup’.
“Recently I spoke about what will make me calm in my talk show Helo Doktor. It is important to know what can make u calm.
“Kita faham sangat mummies kat rumah stress dengan kerja rumah dan anak2 bising, menangis, degil dan Macam2 lagi, career mummy plak balik kerja penat, deal ngan boss dan client, balik kena deal ngan hal rumah dan anak2 plak. Struggle is real ya.. Stress.
“As for me, pertama sekali sebelum nak marah, nak meletup ke tanpa memerlukan apa2, boleh istighfar dan do deep breathing dulu.
“Takyah nak capai apa2 pun lagi. Dah tenang skit tapi still rasa berat betul nak handle keadaan, I calitkan Valor atau PPP, diffuse cirtusy essential oil to uplift my spirit.
“Kalau tak sempat nak diffuse ke apa ke.. I panggil anak2 datang dakap/peluk I. Bila dah lepas peluk tu, i tenang sikit, nak cakap kat diorang pun tak la garang mana, dorang pun boleh mendengar kata lepas tu,” tulis Yasmin.
Tambahnya lagi, adalah penting untuk mencari apa yang membuat diri tenang dan praktikkan dalam kehidupan seharian.
“Semua ni takes practise ya.. But if u have more time, then put on ur fav music, solat, drink floral or fruity tea, read a book, foot soak or a hot bath can be therapeutic.
“Pendek kata, bottom line is, cari what can make you calmer. Then bila tgh stress or marah2, terus ingat to do these things. Just to be siuman sikit. Hope it helps.”
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.