
Selebriri versatil, Elly Mazlein tampil sopan dengan mengenakan tudung di pentas akhir Kilauan Emas 2025 yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam, Selangor, malam ini.
Penampilannya yang mengenakan persalinan polos serba putig itu mengejutkan penonton yang hadir sekali gus mengundang doa yang baik-baik daripada warganet selepas ia tular di media sosial.
Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai penampilannya itu.
Menerusi segmen awal malam kemuncak program realiti itu, Elly yang mesra disapa Lina Kepom itu turut mendendangkan lagu Tuhan Jaga Dia Untukku yang pernah dipopularkan oleh Fiena.
Malah Elly turut terlihat sebak sehingga tidak mampu melontarkan nyanyian ketika menyayikan lagu berkenaan.
Pentas akhir Kilauan Emas 2025 terdiri daripada Ezan, Majid, Mazleen, Nawary, Zanie dan Zekri.
Program berkenaan juga turut menampilkan Erra Fazira, Ning Baizura dan Roy Azman sebagai juri tetap sementara Datuk Yusof Haslam pula diundang sebagai juri undangan.
Kilauan Emas 2025 bersiaran secara langsung di Astro Prima pada pukul 9.00 malam.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini