
Pelakon, To’ Puan Syamim Farid menegaskan sikap dan cara pembawakan dirinya tidak pernah berubah meskipun selepas mendirikan rumah tangga bersama Yang Mulia (YM) Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj.
Sehubungan itu, Syamim berharap agar orang ramai termasuk rakan-rakan industri seni tidak berasa segan untuk mendekatinya, khususnya dalam hal-hal yang melibatkan kerjaya dan pekerjaan.
“Saya belum pernah makan orang. Jadi, jangan risau untuk mendekati saya. Kerjaya seni adalah dunia saya, manakala kehidupan peribadi saya dunia yang berbeza,” kongsinya.
Perkara tersebut turut dikongsikan oleh bintang kelahiran program Dewi Remaja 2014/15 itu menerusi sebuah hantaran di Threads.
Jelas Syamim lagi, minatnya terhadap dunia lakonan tidak pernah pudar dan dia terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.
“Bila bekerja, saya memang seorang yang santai. Boleh tanya dengan rakan-rakan yang pernah bekerja dengan saya di set,” kongsinya.
Sekadar informasi, Syamim mendirikan rumah tangga bersama Tengku Ezrique pada 19 Mac 2016.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini