Awal bulan ini, penyanyi Christina Aguilera mengumumkan bahawa dia dan NBC The Voice selama-lamanya.

Menurutnya, setelah sekian lama bersama dengan program tersebut, ‘banyak perkara berubah dan beralih arah’.

“Saya menandatangani kontrak sebuah program di mana ‘blind audition’ yang menjadi tarikan. Namun, lama-kelamaan ia menjadi berbeza apabila ramai peserta lebih banyak dipilih kerana rupa dan bukat bakat mereka.

“Saya rasa tidak selesa di situ dan seolah-olah digunaka sebagai salah satu mesin membuat wang dan mula bertanyakan diri sendiri ‘Apa yang saya buat di sini?’.

“Oleh itu, saya tidak mahu menipu diri dan juga ingin memberikan pengajaran yang betul kepada anak saya di mana mereka lihat bahawa ‘Mommy living her best life’,” katanya kepada Majalah W.

Kali terakhir Christina menjadi ‘coach’ dalam program tersebut pada tahun 2016 lalu, namun dia menolak sekeras-kerasnya sebab sebenar dia meninggalkan ‘The Voice’ adalah kerana Gwen Stefani.

IKLAN

Kecoh, Christina Aguilera Didakwa Meninggalkan ‘The Voice’ Kerana ‘Seseorang’? Dengar Penjelasannya…

“Ya tuhan, tidak! Tak ada kena-mengena dengan sesiapa pun, dan sebenarnya saya seronok lihat Blake (Shelton) dan Gwen (Stefani) dapat bertemu cinta mereka dalam keadaan yang huru-hara itu.

“Musim terakhir saya bersama ‘The Voice’ mengingatkan saya ketika zaman awal karier apabila tindakan saya sering dikawal. Itu tak boleh, ini boleh.

“Ia membuatkan saya berfikir bahawa ‘saya adalah ibu kepada dua orang anak!’. Oleh itu, saya memilih untuk keluar,” katanya lagi.

Wow! Sedikit sebanyak pendedahan yang dibuat Christina menunjukkan bahawa dia tidak ‘bebas’ memilih anak muridnya di program tersebut.

IKLAN

MH faham mungkin kerana pengurusan mengejar ratings tapi sepatutnya suara ‘coach’ pun perlu didengar kan?

IKLAN

Pada MH, Christina membuat keputusan yang betul, dia sendiri sudah mencipta nama dalam industri seni Hollywood kan?

sumber: E! News

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI