Rapper meningkat naik, Abu Bakar Ali menyifatkan dirinya tidak kisah atau berasa hati seandainya ada pihak yang melabelkannya imejnya sebagai ‘mat rempit’.

Jelas Abu, setiap negara mempunyai budaya mereka yang tersendiri dan dia juga sebenarnya tidak kisah dengan tanggapan orang lain terhadap dirinya.

“Saya memang tak nafikan memang ada orang yang melabelkan saya begitu. Pada pendapat saya, mana-mana negara pun akan culture mereka yang tersendiri.

“Seperti di UK mereka ada budaya mereka seperti mengenakan ‘sportswear’. Dekat US mungkin tiada ‘mat rempit’ sebab mereka lebih kepada superbike,” katanya kepada MH.

Reaksi tersebut dikongsikan oleh Abu sewaktu berkata demikian ketika sidang media single terbaru kolaborasi bersama penyanyi, Shalma Eliana berjudul Naik secara virtual, pada Selasa.

IKLAN

Katanya lagi, dia sendiri tidak pernah terbayang untuk membawa imej sebagai ‘mat rempit’ kerana dia menyifatkan dirinya lebih selesa menjadi dirinya sendiri

“Tapi terserah kepada semua orang untuk menilai saya macam mana. Sebenarnya saya tak pernah terbayang pun nak bawa imej atau budaya rempit itu sendiri.

“Tapi kalau itu yang orang pandang atau gambarkan, saya okay sahaja. Mungkin itu dah jadi sebahagian daripada budaya remaja ketika ini.

IKLAN

“Cuma jangan gunakan budaya tersebut ke jalan yang salah. Saya sebenarnya tak kisah pun orang nak cakap apa,” jelasnya lagi.

Ditanya mengenai kisah disebalik lagu Naik, Abu mendedahkan karya ini sebenarnya menceritakan mengenai jatuh bangun yang dihadapi oleh rakyat terutamanya ketika detik sukar ini.

IKLAN

“Dalam kehidupan ini, kita ada fasa jatuh dan bangun. Adakalanya kita berasa murung dan amat memerlukan semangat yang lebih. Saya buat lagu ini ketika PKP dan PKPB, ketika ramai yang mengeluh hilang kerja dan tiada pendapatan, saya terdetik untuk buat lagu untuk rakyat.

“Saya harap ramai orang akan boleh relate dengan lagu ini. Dengan keadaan yang sangat mencabar ketika ini, tak semua orang boleh hidup senang dekat luar sana.

“Apa yang cuba saya sampaikan di sini, mereka tidak berseorangan masih ada orang-orang di luar sana yang mengambil berat mengenai diri kita,” katanya lagi.

Terdahulu, lagu Naik akan dilancarkan secara rasmi di seluruh platform penstriman dan media sosial pada Jumaat ini tepat jam 12 tengah malam.