Satu posting di Instagram penyanyi, Datin Alyah mendapat perhatian wargamaya baru-baru ini.
Membuat luahan yang seolah-olah kecewa, penyanyi lagu Meluruh ini berkongsi kapsyen berkaitan rezeki dan bakat yang telah dianugerahkan.
Ads
“Kau boleh tutup semua peluang yg aku ada. Tapi kau tak akan mampu ambik bakat yg aku punya.
Ads
“Kerna ianya dtg dari maha pencipta. Yang sudah lama kau mengambil tugasnya iaitu Menghukum,” luah penyanyi ini.
Ads
Meski tidak memberikan perincian terhadap perkara tersebut dengan spesifik, namun para peminat turut memberikan pandangan sendiri terhadap perkongsian isteri Datuk Ramli MS itu.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Komposer dan penyanyi, Ajai ada memuat naik foto lamanya ketika berbadan sasa bagi menyahut cabaran rakan artis, Hazama dan Black yang masing-masing sudah tanam azam untuk kembali mendapatkan bentuk tubuh yang tegap.
Ajai atau sebenarnya, Mohd Faizal Maas menambah,cabaran dari rakan-rakannya itu diterima meski usianya kini sudah pun mencecah 45 tahun.
“Hazama dan Black dah berazam nak ketulkan badan dan cabar balik saya. Suruh saya ‘ketulkan juga badan saya’.
“Mcm dulu katanya. Perghhh, cabaran diterima. Walaupun dah umur 45 ni.
“Anyway its just a number. Kita start ‘workout’ balik,” tulisnya optimis.
Perkara itu dikongsikan Ajai menerusi satu hantaran terkininya di Instagram dan menerusi ruangan komen, rata-ratahya memberi semangat buat Ajai dalam meneruskan misinya itu.
Foto: Instagram Ajai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri Lan Solo, Nur Sheila Hassim ada memaklumkan dirinya terpaksa mengambil rehat atas status kesihatan yang kurang mengizinkan.
Jelas ibu kepada empat cahaya mata ini, doktor mengesahkan kedudukan rahimnya turun dari kedudukan asal. Malah tahap homoglobinnya juga rendah.
Atas situasi yang berlaku, Sheila mengakui sukar untuk berdiri tegak dan kerana itu, ia menyebabkan rasa sakit sejak seminggu lalu.
“KISAH SEMALAM. Erm… Tak tau nk mula kat mana tapi semalam memang hari yang hectic. Suddenly lower abdomen KY (Sheila) cramps sampai tak boleh berdiri tegak.
“Sakit dah almost seminggu (even masa teman LS (Lan Solo) shooting pon mmg dah sakit – org terdekat dah tau).
“Tapi masih boleh jalan dan buat kerja walaupun terbatas jugak la. Tapi semalam, KY decide untuk terus pi jumpa pakar.
“Rupa-rupanya serviks sedikit turun dari kedudukan asal dan hemoglobin rendah. Tu pasal KY pitam terus.
“Terpaksa la KY cancel semua shoot / meeting / training dan lain-lain,” tulisnya dalam satu status di Facebook, hari ini.
Dalam pada itu, Sheila turut meminta ramai agar mendoakan yang terbaik buat suaminya yang bakal bersaing dalam program Vokal Mania minggu ini.
“Sampai dah ready utk admit la. Tapi doktor bagi pelepasan rest kat rumah je, lega.
“So now, untuk seminggu dua ni. KY akan berehat sahaja, bukan kuarantin ya.
“U guys, doakan LS dapat buat yang terbaik untuk #VokalMania minggu ni tau sebab lagu tu agak mencabar ye. Ce teka lagu apa?,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Sheila dan Lan mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 dan diserikan dengan empat cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara dan Muhammad Akid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon jelita, Nora Danish ada memuat naik sebuah video ‘throwback’ ketika muncul dalam sebuah iklan syarikat telco, Maxis.
Kemunculannya di dalam iklan berkenaan memberi seribu satu makna apabila dia seterusnya dilamar pengarah, Aziz M Osman untuk menceburkan diri dalam lakonan pada ketika itu.
“Iklan Maxis yg buat Nora ke bidang lakonan selepas di lamar oleh Abang Aziz M Osman.
“Kening zaman tu memangtengah ‘in’! Lagi nipis lagi power hahahahha,” tulisnya imbau kenangan.
Video berdurasi hampir 60 saat itu dikongsikan Nora menerusi akaun Instagram.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut mengenang dan mengingati iklan terbabit selain ada yang turut menyifat kecantikan Nora tak pernah berubah daripada duhulu sehingga sekarang.
Ibu kepada dua cahaya mata ini memulakan karier lakonannya pada tahun 2005 menerusi sitkom popular berjudul Puteri yang masih melekat dalam ingatan peminat sehingga kini.
Foto: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.