Pelakon Rita Rudaini ada memberikan pandangannya mengenai kebahagiaan rumah tangga yang dibina mana-mana pasangan tidak boleh diukur menerusi jarak usia semata-mata. Sebaliknya, persediaan sesama pasangan yang galas tanggungjawab selepas berkahwin adalah aspek yang perlu diutamakan.

Kongsinya seperti yang dipetik Harian Metro, bintang 42 tahun ini turut menjelaskan, tiada salahnya sekiranya jodoh bersama lelaki muda asalkan lelaki berkenaan matang dan jelas mengenai apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan.

IKLAN

“Tidak salah pun berkahwin dengan lelaki muda, asalkan si lelaki matang dan tahu erti perkahwinan itu apa. Bukan kahwin nak seronok, sebab tengok orang lain kahwin, demi kepentingan peribadi atau sebab keluarga suruh.

 

“Apa yang penting, pemikiran lelaki perlu bijak dalam mengatur kehidupan keluarga iaitu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang lelaki dan suami, menguruskan keluarga, isteri dan anak dan menjadi pelindung pada keluarga,” jelasnya.

Pada masa sama, Rita juga mengakui ada juga lelaki yang umurnya sudah berusia yang belum tentu matang di dalam sisi pemikiran, begitu juga sebaliknya.

IKLAN

“Tidak semestinya lelaki muda tak boleh berkahwin. Ada juga lelaki berusia yang belum tentu matang pemikiran dalam hidup.

 

“Pokok pangkalnya bukan bergantung pada umur tetapi akal, pemikiran, sudah bersedia dan matang untuk memikul tugas berat,” kata Rita.

Malah, Rita turut cuba membetulkan pandangan sesetengah pihak yang menganggap, perkahwinan wanita dengan lelaki muda tidak mampu bertahan lama.

IKLAN

“Semua orang silap apabila beranggapan berkahwin dengan orang muda mesti tidak bahagia. Kahwin dengan orang berduit juga mesti bercerai. Semua ini bergantung atas diri masing-masing.

 

“Orang yang berfikir sebegini memang tidak boleh berkahwin dengan orang muda dan tidak berduit kerana dari awal lagi sudah meletakkan kepercayaan sedemikian. Jangan fikir semua orang sama.

 

“Kebahagiaan ini datang dari pelbagai cara. Jika harmoni rumah tangga maka bahagialah. Kalau nak keduanya, cari pasangan yang bijak dan matang berfikir dan sanggup menempuh ombak badai rumah tangga. Insya-Allah akan bahagia. Jadi, berkahwin dengan lelaki tua, muda, kaya atau tidak, memang takkan bermasalah,” menurut Rita.

Terdahulu, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak ketika atlet berkenaan berusia 21 tahun pada 2008 tetapi mengambil keputusan untuk berpisah lima tahun selepas itu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI