Pelakon popular Bollywood, Kareena Kapoor baru-baru ini telah berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 12kg.

Kareena Kapoor Kongsi Rahsia Hilang 16Kg Selepas Berpantang

Kareena, 37, yang melahirkan Taimur Ali Khan pada Disember 2016 dan mula aktif bersenam serta mengamalkan diet ketat sejak tiga bulan lalu.

Aktres jelita yang popular menerusi filem ’Kabhi Khushi Kabhie Gham’ itu juga turut berkongsi dengan peminat bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan dalam masa yang singkat.

IKLAN

Antara aktiviti senaman yang telah dilakukan Kareena secara konsisten sejak Mac lalu adalah dia kerap berkunjung ke gim, melakukan yoga, tarian dan senaman pilates.

Menurut Kareena lagi, yoga adalah antara yang baik untuk kesihatan, badan dan minda. Selain daripada latihan kardio, dia melakukan yoga selama dua jam walaupun dia sibuk dengan jadualnya yang padat.

Selain itu, isteri kepada penerbit dan pelakon, Saif Ali Khan ini juga mengawal pemakanan secara ketat dan mengamalkan diet yang sihat.

IKLAN

Inilah rahsia diet Kareena sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak ini dalam tempoh yang agak singkat.

1.Sarapan : Keju (Free fat), sekeping roti atau prata dengan susu,susu soya

2.Lunch : 2 Chapati, dal, salad dan sup

3.Snack : Protein shake dan buah-buahan/ kekacang

4.Dinner : Chapati, dal atau sup sayuran

5.Air : 6-8 Liter air setiap hari

Semasa hamil, berat badan Kareena telah meningat sebanyak 18kg dan dia telah berazam untuk menurunkan berat badan sebanyak 19 kilogram selepas bersalin.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Kareena juga bakal memulakan sesi penggambaran filem terbarunya iaitu ’Veere Di Wedding’ selain turut digandingkan dengan Sonam Kapoor menerusi filem tersebut.

Sumber : Hindustantimes.com

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI