
Jenama lokal terkenal, Dr Cardin menepis dakwaan segelintir netizen yang mendakwa mereka sengaja menunggang kontroversi membabitkan pelakon sensasi, Puteri Balqis apabila mengundangnya sebagai tetamu sesi ‘live’ TikTok, baru-baru ini.
Menurut Ketua Penjenamaan Dr Cardin, Chong Charl Yee, perjanjian kerjasama tersebut sebenarnya telah dimeterai lebih awal sebelum tercetusnya kontroversi melibatkan Puteri Balqis dan seorang pelakon.
“Saya harus jelaskan di sini sebab memang ramai orang tanya tentang perkara ini. Kami sudah ‘lock’ Puteri Balqis lebih awal. Beberapa hari sebelum sesi ‘live’ itu berlangsung tiba-tiba dia viral. Kami pun memang tak sangka.
“Sebagai sebuah jenama, saya akui kami agak risau pada mulanya.Tetapi ada hikmah atas apa yang berlaku kerana sesi ‘live’ tersebut berjaya menarik ramai orang.
“Hasil jualan juga berjaya mencapai sasaran. Banyak barang yang ‘sold’ out,” katanya ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen The Raya Table by Dr Cardin di Seri Kembangan, baru-baru ini.
Ditanya mengenai pengalaman bekerjasama dengan pelakon berbakat besar itu, Charl Yee menyifatkan Puteri Balqis sebagai seorang yang mempunyai personaliti menyenangkan dan sangat profesional.
“Sejujurnya saya terkejut bila semua pekerja saya beritahu tentang sikap sebenar Puteri Balqis. Mereka kata dia seorang yang sangat merendah diri. Dia seorang yang sangat mudah untuk bekerjasama,” kongsinya.
Charl Yee turut tidak menolak kemungkinan untuk kembali menjalin kerjasama dengan Puteri Balqis pada masa akan datang bagi membintangi kempen koleksi baharu Dr Cardin.
Sementara itu, dalam pertunjukan fesyen yang berlangsung, Dr Cardin turut memperkenalkan duta kempen raya 2026 mereka iaitu Erysha Emyra dan Hun Haqeem.
Selain itu, turut dipersembahkan adalah koleksi terkini sempena sambutan Aidilfitri yang merangkumi beg tangan, kasut tinggi dan sandal untuk digayakan ketika musim perayaan nanti.
“Untuk koleksi lebaran ini boleh dikatakan 80 peratus produk kami mengfokuskan kepada wanita. Kerana wanita lebih cenderung membeli untuk persiapan raya.
“Jadi untuk koleksi kali ini Dr Cardin menawarkan koleksi beg dan kasut yang lebih elegan sesuai untuk dipakai sewaktu musim perayaan.
“Untuk beg kita ada empat koleksi berbeza iaitu Soraya, Nara, Dumpling Weave dan Araya.
“Koleksi kasut wanita pula kita ada Dewy, Serene, Sera, Lush dan Lush Eve. Untuk lelaki kita ada koleksi sandal Cove Air, Cove Core dan The Air Pillow Flow,” kongsinya.
Acara turut diserikan dengan persembahan MimiFly yang menyampaikan beberapa buah lagu.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.