
Selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga, isteri kepada pelakon, Arash Mohamad iaitu Noor Afidahwati Mohammad memaklumkan mahligai rumah tangga yang dibina mereka sudah berakhir sejak setahun yang lalu.
Perkara itu dikongsikan oleh Afidahwati menerusi hantaran terkini di Instagram.
Jelasnya lagi, dia memuat naik hantaran tersebut bagai mengelakkan salah faham dan fitnah mengenai status hubungan mereka.
“Tujuan posting ini hanyalah untuk mengelakkan fitnah dan salah faham. Setahun sudah berlalu.
“Kisah 17 tahun kami berakhir dengan lafaz yang sah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Afidahwati turut memaklumkan dia dan Arash kini memilih untuk membawa haluan hidup sendiri selepas berpisah.
“Kini kami bukan lagi suami isteri, hanya dua hati yang pernah bertemu, lalu memilih jalan masing-masing.
“Semoga tenang ini kekal, dan doa yang baik terus mengiringi setiap langkah,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat dan berharap agar semua baik-baik sahaja buat Afidahwati dan Arash.
“Semoga yang baik-baik sahaja untuk kalian berdua selepas ini. Terus kuat.
“Semoga yang baik-baik sahaja untuk kakak. Yakinlah bahawa perancangan Allah itu lebih baik daripada perancangan kita sebagai manusia.
“Pertemuan dan perpisahan itu ketentuan Allah. Semoga baik-baik sahaja. Kami sekeluarga mendoakanmu.
“Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kamu Fid. Terus kuat sahabat,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Afidahwati dan Arash mendirikan rumah tangga sekitar 17 tahun lalu, namun belum dikurniakan rezeki zuriat sepanjang perkahwinan mereka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Afidahwati