Kecoh apabila admin kumpulan muzik, Kugiran Masdo yang didakwa peminat mereka bersikap ‘menyindir’ peminat yang kononnya ‘tidak mampu’ membeli baju kemeja T yang dikeluarkan mereka.

Isu bermula apabila Kugiran tersebut membalas komen peminat, menulis ‘kesian’ membuatkan peminat salah sangka dan menyangka mereka bersikap acuh tidak acuh sahaja.

“Kami Akan Kekal Dengan Cara Sindiran, Tapi…”- Ini Respon Kugiran Masdo Isu Komen Disalah Erti

“Kami Akan Kekal Dengan Cara Sindiran, Tapi…”- Ini Respon Kugiran Masdo Isu Komen Disalah Erti

IKLAN

Susulan itu, vokalis band tersebut, Ali Sariah yang juga bertanggunjawab mengendalikan laman sosial tersebut memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar.

“Kami Akan Kekal Dengan Cara Sindiran, Tapi…”- Ini Respon Kugiran Masdo Isu Komen Disalah Erti

IKLAN

“Saya mewakili Kugiran Masdo dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada yang terasa dengan ‘tweet’ itu.

“Niat saya hanya nak memperbetulkan apa yang salah. Kami akan kekal dengan cara sindiran namun akan menerima teguran yang betul.

“Kami tidak berlagak tapi netizen salah faham dengan status yang saya muat naik itu, isu sekarang adalah cetak rompak tapi isu yang besar itu tidak dipandang.

“Mereka lebih tertumpu pada status ‘kesian’ yang dianggap seperti kami tujukan kepada yang tidak mampu membeli baju Kugiran Masdo.

“Status tersebut hanya sindiran bermaksud saya kesian dengan mentaliti masyarakat kita yang menyokong cetak rompak,” katanya seperti yang dipetik Mstar Online.

Dalam pada itu, Ali juga turut meluahkan rasa kesal terhadap peniaga-peniaga yang menciplak baju kemeja T mereka.

IKLAN

“Saya hanya tegakkan perkara yang betul. Cetak Rompak atau ciplak itu adalah sesuatu perkara yang salah.

“Sebab itu tujuan asal hanya untuk bagitahu masyarakat agar tidak ambil kesempatan menggunakan hak cipta orang lain untuk kepentingan peribadi,” tambahnya lagi.

Pada MH, bahasa online ini kadang-kadang sukar untuk difahami, mungkin lepas ini mereka akan lebih berhati-hati menulis komen dan terangkan dengan jelas supaya netizen tidak lagi salah anggap.

Kugiran yang dianggotai oleh 4 orang anak muda iaitu, Ali, Azham Ahmad, Putu Ceri dan Asmawi popular dengan lagu Teruna Dara, Malam Pesta Rock And Roll dan Berchanda.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI