Pelakon Lana Nodin, 44, menempelak sikap pelakon baharu yang didakwa tidak fokus ketika berada di set penggambaran dengan hanya sibuk dengan media sosial yang hanya akan menyusahkan ramai pihak.
Lana atau Mazlina Hassan Nodin berkata, dia sendiri boleh naik angin sekiranya berhadapan dengan situasi sedemikian.
“Saya nak beritahu perkara ini kepada ‘budak-budak baru nak up’ (bbnu) yang baru nak berlakon.
“Kalau korang sibuk bermain telefon, bermain tiktok, bermain sosial media dekat set sampai tak hafal dialog, bukan skrip je aku baling, kerusi pun boleh melayang,” sinis Lana.
Malah Lana turut berkongsi pengalaman peribadinya sebagai pelakon sebelum ini yang pernah disimbah air sejuk gara-gara tidak hafal skrip.
Ads
Perkara tersebut diluahkan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi Insta Stories, pada Jumaat.
Lana juga menegaskan bahawa pelakon harus bersikap profesional dan sentiasa bersiap sedia kerana tanggungjawab mereka turut memberi kesan kepada rakan pelakon serta kru produksi.
Ads
“Zaman saya dulu, bukan skrip sahaja dibaling, mandi air batu pun kena jika tidak menghafal skrip.
Ads
“Menyusahkan orang bila tidak membuat persediaan dialog di set penggambaran,” kongsinya.
Sindirnya lagi, pelakon BBNU ini boleh mencari golongan kaya untuk dijadikan pasangan agar tidak perlu susah payah berlakon.
“Baik duduk rumah sahaja, cari orang kaya untuk jaga awak dan tak perlu berlakon,” luahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Sangat terhutang budi dengan isteri, mati hidup semula pun saya tak boleh bayar.”
Demikian kata vokalis kumpulan Coco, Nine atau nama sebenarnya, Zulqarnain Jaafar, 43, yang kini berdepan ujian mengalami serangan ‘cerebellar stroke with brainstem damage’ lebih tiga bulan lalu.
Reda dan berlapang dada, bapa kepada dua cahaya mata ini akui mengambil semangat isteri, Feride Hikmet dan anak-anak dalam menjalani kehidupan sehari-hari ketika ini.
“Isteri saya yang banyak berikan sokongan. Semangat dia kuat, saya pun jadi kuat. Kalau dia lemah, saya pun lemah.
“Kalau bercerita mengenai isteri, tak boleh gambarkan perasaan. Terhutang budi dengan dia. Mati hidup semula pun saya tak boleh bayar,” Katanya kepada MH.
Nine yang turut ditemani isteri berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Malam Silaturahim yang bakal dilangsungkan di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada 25 Disember depan di Saloma Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bersempena dengan acara itu, Nine antara 20 penggiat seni dan bekas pengamal media yang menerima sumbangan daripada penganjur, HS Event & Entertainment Sdn. Bhd.
Berkongsi keadaan dalam menjalani kehidupan seharian, Nine senang untuk bersikap positif dan bersyukur kerana mempunyai keluarga yang saling menyokong.
“Pada awalnya saya diserang jantung sekitar bulan Julai dan kemudiannya kena strok. Saya sekarang dalam fasa pemulihan dengan jalani sesi fisioterapi.
“Saya reda, jalani hidup seperti biasa sahaja. Allah Maha besar, saya tidak boleh gambarkan perasaan saya.
“Insya-Allah kalau diberikan kesembuhan selepas ini, saya nak kerja balik macam biasa. Saya suka berniaga dan nak kembali beriaga.
“Saya kalau boleh tak mahu menyusahkan lagi sesiapa, terutamanya isteri dan anak-anak,” katanya turut susut berat badan hampir 20 Kilogram.
Terdahulu, Konsert Malam Silaturahim, bakal menghimpunkan 12 lagenda seni tanah air dalam satu malam penuh nostalgia di atas satu pentas, sekali gus mempromosi inisiatif amal untuk membantu penggiat seni dan rakan media yang memerlukan.
Acara ini juga bakal menjadi medan untuk memperkenalkan konsep dan tujuan program, selain menampilkan beberapa artis terkenal yang akan terlibat.
Antaranya Dwan Olan, Mel Wings, Joey BPR, Ali XPDC, Aris Ariwatan, Poey Sting, Ameng Spring, Asheed DEF GAP C, Bagiio, Amir Ukays, Wan Bossanova dan Noorshila Amin.
Selain meraikan artis lagenda, acara ini juga mengiktiraf individu penting seperti Ali Bakar, Dollah Bacha, dan Saari Amri, yang pernah menjadi tulang belakang kejayaan industri seni.
Penganjur program, Datin Rosmariza Dato Che Umar berkata objektif utama Malam Silaturahim bertujuan merapatkan hubungan antara penggiat seni sambil menghargai jasa mereka.
“Acara ini bukan samata-mata untuk meraikan artis-artis kita, tetapi turut menjadi platform untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Malah, sumbangan khas berupa wang tunai turut diberikan kepada penggiat seni dan rakan-rakan media yang kurang bernasib baik melalui kerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Tiket konsert Malam Silaturahim serendah RM150.00 dan boleh didapati sejak semalam menerusi laman berkaitan.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.
Berita gembira itu dimaklumkan pelakon filem Polis Evo 3 itu menerusi hantaran di Instagram yang kemas kini, pada Isnin.
“Salam tunangku,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Hantaran berkenaan pantas menjadi perhatian warganet apabila ia sudah pun menerima hapir 20,000 tanda suka disusuli dengan ratusan komen termasuk daripada rakan selebriti.
Perkongsian yang merakamkan beberapa momen indah pasangan itu turut dikongsikan Akhyar menerusi platform sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengajur Rock Worrior Music Festival, Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd. mengumumkan acara berkenaan yang sepatutnya dilangsungkan 23 dan 24 November depan di KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur, ditunda pada Mei tahun hadapan.
Menerusi kenyataan media yang diterima hari ini, ia ditunda selepas mengambil kira faktor cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.
“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira ramalan cuaca yang menunjukkan kemungkinan hujan lebat dan risiko banjir di kawasan tersebut dan beberapa negeri lain di Malaysia.
“Ia berdasarkan kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada awal November 2024 dan berterusan sehingga Mac 2025.
“Sebagai penganjur, keselamatan para peminat dan kelancaran festival adalah keutamaan kami,” maklum hebahan terhabit.
Menerusi kenyataan sama, pihaknya juga mahu menjaga sensitiviti khususnya kepada golongan yang mungkin bakal terkesan dengan bencana banjir.
Malah, anjakan tarikh penganjuran juga memberi peluang kepada pihaknya untuk memberikan penganjuran yang lebih baik pada masa depan.
“Selain daripada itu, kami juga berhasrat untuk menjaga sensitiviti terhadap masyarakat,
khususnya mereka yang terkesan akibat bencana banjir.
“Penjadualan semula ke bulan Mei 2025 ini memberi kami peluang untuk membuat persiapan yang lebih menyeluruh, dengan harapan dapat menawarkan pengalaman festival yang lebih baik dan memuaskan dalam keadaan cuaca yang lebih sesuai.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul akibat penundaan ini dan
mengucapkan terima kasih atas sokongan dan pemahaman yang diberikan.
“Semua pembelian tiket yang telah dibuat akan tetap sah untuk tarikh baharu, dan kami akan mengemas kini maklumat lanjut di laman web serta platform media sosial kami,” jelas kenyataan itu lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...