Menerusi posting yang dikongsikan penyanyi Bella Astilla di Instagramnya sebentar tadi mendedahkan perbualan menerusi Direct Message (DM) di Instagram bersama seorang pengguna media sosial.
“Assalammualaikum, AND IT HAPPENED AGAIN…
“Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya. But what I’ve been through korang takkan boleh imagine. Selepas Aliff habis shoot telemovie baru2 ni dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dgn dia dlm tele tu.
“2 hari sebelum habis shoot, dia dah start berkelakuan lain di mana dia dah tukar password phone dan bila saya paksa buka phone, dia buka tapi dia pandai dia dah delete whatsapp dia dengan heroin tu.
“Saya cakap dgn dia I’m not a kid kalau tak ada apapa kenapa perlu delete? So saya nakkan kepastian saya call heroin tersebut jawapan dia kepada saya “Ya Allah bella takde apapa pun, kenapa Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via jumpa dia Via nak cakap dgn dia ‘BACK TO ALLAH’ “ rupanya org yang nasihat dan comfort saya ni org yang sama2 pergi club dgn Aliff, menari2 peluk dan mabuk sama2,” tulis Bella.
Ads
Ads
Dalam pada itu, Bella juga ada berdoa kepada Allah tentang rumahtangganya.
“Saya bila solat saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya, tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat. Sangat cepat. Saya terkejut. Terima kasih kepada Insan yg DM saya kalau tak, saya ni takkan tahu apapa hanya dgn Ayden je kat rumah..
Ads
“Ingat, hiburan dunia ni hanya sementara. Kepada Aliff; kalau awak rasa bahagia dgn kehidupan mcm tu dan dah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi boleh pergi club sama2 yang boleh jaga makan minum pakai awak, teruskan, akhiri Bella.
Terdahulu, kontroversi melanda Aliff apabila dia ke pusat hiburan bersama seorang adik perempuan kepada selebriti popular.
Untuk rekod, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrean.
Foto : IG Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi laman Instagramnya sebentar tadi, Atiq Azman memuatnaik sebuah foto dirinya dengan kapsyen “Who wants to be my partner for valentines day tonight? #14february2019.”
14 Februari merupakan sambutan Hari Kekasih sedunia, namun netizen Malaysia mula mengeluarkan kata-kata yang mungkin membuatkan Atiq akan berfikir dua kali sebelum memuatnaik posting di laman sosial.
A post shared by Atiq Azman (@therajaatiqullah) on
Netizen meminta penjelasan pelakon Nur ini mengapa dia ingin menyambut Hari Kekasih walaupun telah difatwakan haram?
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengingatkan umat Islam bahawa meraikan Hari Valentine adalah dilarang sama sekali. Keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 22 November 2005 bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Foto – Instagram Atiq Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi laman Instagram pengurus Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Razak, diva nombor satu negara itu ada menziarah pemergiaan salah seorang Sitizoners ke rahmatullah, Allahyarham Ikram Muzammil.
Rozi menerusi ruangan kapsyen mengucapkan kesyukuran di atas semua pihak yang membantu memudahkan urusan jenazah arwah.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ctdk, keluarga Sitizoners, keluarga Unisel, pihak hospital Shah Alam kerana membantu memudahkan urusan jenazah ikrammuzammil dari awal sehinggalah ke majlis pengebumian.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik, lancar dan dipermudahkan Allah. Semoga Allah mempermudahkan juga urusan sahabat kami, arwah ikrammuzammil di alam sana,” tulisnya.
Terharu dengan keprihatian Siti terhadap Sitizoners, netizen kagum dengan sifat rendah diri penyanyi Anta Permana ini.
Kata netizen lagi, walaupun hanya mengenali Ikram sebagai salah seorang peminat setia, namun sebagai selebriti yang diminati, Siti Nurhaliza dilihat turut sama merasa kehilangan arwah, lebih-lebih lagi apabila penyanyi itu turut sama terlibat dalam soal urusan jenazah.
Foto:Instagram Rozi Sang Dewi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
HSemalam satu sedutan video persembahan Mas Idayu di Anugerah Juara Lagu Ke-18 menerusi lagu Hasrat Perindu kembali viral di media sosial.
Semuanya gara-gara persembahan unik yang dipersembahkan Mas Idayu yang secara lagu diangkat dalam gerakan terbalik dan berpusing oleh penari latar sebelum nyanyian berakhir.
“Tanjat kita bila tengok mami tengah feeling “uhuuu oooo” terus beliau diterbalikan oleh penari di belakangnya ya,” tulis netizen.
Lantas, video berdurasi 10 saat itu telah menjadi tular di laman media sosial Twitter sejak semalam lalu netizen terhibur melihat geligat Mami yang memberi reaksi yang terkejut.
Malah netizen turut memuji penyanyi yang sinonim dipanggil Mami itu yang tetap boleh menyanyi dengan baik walaupun badannya diterbalikan.
Dalam erti kata lain, memang powerlah Mami Mas Idayu.
Apa-apa pun, memang respek dengan Mami sebab boleh menyanyi dengan baik walaupun badannya di terbalikan oleh penari.
Video : Twitter Hud Den
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...