“Sekarang saya sedar, privasi itu memang sangat penting.” Itu kata pelakon, Intan Najuwa apabila ditanya mengenai perkongsian rutin hidupnya di media sosial, lebih-lebih lagi selepas dirinya memuat naik foto bersama bekas tunang, Razrul Anwar Rusli, tahun lalu.

Pelakon yang sedang berlakon drama terbaru, Tak Sempurna Mencintaimu di samping Redza Rosli berkata, pengalaman lalu banyak memberi pengajaran buatnya untuk lebih berhati-hati terhadap apa yang dikongsi.

Kini Sedar Privasi Itu Penting, Intan Najuwa Pilih Untuk Terhadkan Kongsi Hal Peribadi Di Media SosialKini Sedar Privasi Itu Penting, Intan Najuwa Pilih Untuk Terhadkan Kongsi Hal Peribadi Di Media Sosial

“Mungkin sebab sebelum ini, masih mudakan… barulah 24 tahun. Akan tetapi saya sudah ada pengalaman putus tunang kan. Jadi saya ambil daripada itu, belajar sekarang kesilapan daripada dulu.

“Sekarang saya tidak terlalu terbuka sangat untuk berkongsi hal melibatkan peribadi. Di media sosial pun saya terhadkan. Biarlah saya simpan untuk diri sendiri.

“Tiada pun permintaan untuk saya kurang berkongsi, sama ada daripada keluarga saya malah di sebelah sana pun mereka sangat okay.

IKLAN

“Cuma saya yang mahu kurangkan berkongsi kerana saya sedar privasi itu penting untuk saya dan kerjaya,” katanya.

Kini Sedar Privasi Itu Penting, Intan Najuwa Pilih Untuk Terhadkan Kongsi Hal Peribadi Di Media Sosial

Kini Sedar Privasi Itu Penting, Intan Najuwa Pilih Untuk Terhadkan Kongsi Hal Peribadi Di Media SosialDitanya mengenai kesan yang diterimanya sebelum ini, Intan mengakui tidak mahu memikirkan atau memberi reaksi atas kecaman negatif sebelum ini.

“Kesannya besar dan salah-satunya kecamanlah. Sebab itu saya tidak respon kepada perkara-perkara yang negatif. Jadi kalau kita tidak berkongsi sangat, tak ada bendalah orang nak cakap.

IKLAN

“Sekarang saya lebih selesa untuk kongsi mengenai perkembangan kerjaya, tengah sibuk dengan drama apa dan sebagainya,” ujarnya kepada MH.

Kini Sedar Privasi Itu Penting, Intan Najuwa Pilih Untuk Terhadkan Kongsi Hal Peribadi Di Media Sosial

Kini Sedar Privasi Itu Penting, Intan Najuwa Pilih Untuk Terhadkan Kongsi Hal Peribadi Di Media SosialIntan bagaimanapun tetap akan berkongsi mengenai hal yang baik sekiranya bertemu jodoh selepas ini.

“Sudah tentu, benda yang baik kita kenalah kongsi. Tentunya nak kongsi dengan peminat dan penyokong saya. Saya tidak akan rahsiakan benda yang baik,” akhirinya.

IKLAN

Terdahulu, Intan pernah bertunang dengan Razrul pada 18 Ogos 2019 tetapi hubungan mereka putus pada Februari 2020.

Bagaimanapun Intan kembali memuat naik foto mesra bersama Razrul sekitar Jun tahun lalu tetapi tidak menjelaskan status terkini hubungannya dengan ahli pernigaan berkenaan.

Kini Sedar Privasi Itu Penting, Intan Najuwa Pilih Untuk Terhadkan Kongsi Hal Peribadi Di Media Sosial

Kini Sedar Privasi Itu Penting, Intan Najuwa Pilih Untuk Terhadkan Kongsi Hal Peribadi Di Media Sosial

Foto: Instagram Intan Najuwa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI