Peserta program Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Farawahida mengakui dia kini dalam persiapan untuk mempersiapkan diri dalam mengharungi saingan dalam program muzik mingguan yang bakal bermula Ahad depan.

Bakal bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Tanpamu itu memberitahu dia kini sedang giat berlatih vokal demi memantapkan persembahan terutamanya dari segi vokal.

“Seperti mana tahun sebelumnya, ada di antara konsep persembahan yang berbeza daripada kebiasaan kita dan saya anggap itulah cabaran tersebar. Ia berubah 360 darjah. Gementar pun ada sebab saya sudah lama tidak menyanyi dalam skala yang lebih besar.

 

“Saya pun sudah cari guru vokal memandangkan saya sebelum ni tidak pernah belajar vokal. Tambahan lagi bila usia kian meningkat jadi memang kena asah balik vokal tu, terutamanya dari segi teknik pernafasan,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai sejauh mana kesediaannya dalam berhadapan dengan komen atau kritikan pedas sama ada daripada pihak juri dan netizen, Farawahida mengambil sikap terbuka dan positif.

Ads

Ads

“Itulah soalan yang saya terima masa hadiri sesi uji bakat sertai GV5. Dia macam ni, kalau kau dah pilih…gatal sangat jadi kau kena redolah. Tambah sekarang dengan zaman media sosialkan.

 

“Jadi kena sedia ajelah. Cuma saya turut mengharapkan sokongan semua, insyaAllah,” kongsi Farawahida yang sebelum ini turut muncul menerusi single duet bersama Datin Alyah berjudul Mengapa Harus Aku.

Foto: instagram Farawahida

Ads

https://www.youtube.com/watch?v=rrAh0ejdUyU

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI