Pelakon, Redza Minhat menyifatkan tindakan seorang pelakon wanita yang mengenakan caj untuk ucapan hari lahir kepada peminatnya sebagai ‘gila’.

Katanya, dia sendiri tidak menyangka ternyata ada permintaan untuk servis yang diperkenalkan oleh pelakon tersebut.

Terdahulu, Redza telah memuat naik kenyataannya itu menerusi sebuah tweet di laman Twitter miliknya.

IKLAN

“Kau caj 50 ringgit for a birthday wish? There’s a market for that? Gila.

Dalam pada itu, hero filem KIL itu sempat bergurau dengan mengatakan para peminatnya harus membayarnya RM 10 untuk ucapan selamat pagi daripadanya.

IKLAN

“Selamat pagi semua. (Please pay me 10 ringgit upon reading this),” tulisnya.

Namun, tindakan Redza itu nyata telah menimbulkan rasa kurang senang di hati peminat Janna yang menganggap kenyataan pelakon seperti seorang pendengki.

Mereka turut menggelarkan Redza sebagai artis sendu kerana tidak mampu untuk melakukan apa yang telah dilakukan oleh pelakon kesayangan mereka itu.

IKLAN

“Kalau Kau Buat Memang Tak Lakulah Sebab Sendu,”- Isu Ucapan Berbayar, Redza Minhat Buat Peminat Janna Nick Naik Angin?

Terdahulu, Janna telah dikritik oleh segelintir pihak yang nyata kurang bersetuju dengan keputusannya untuk mengenakan caj sebanyak RM50 bagi sesiapa yang ingin menggunakan khidmatnya untuk membuat ucapan istimewa.

Foto: Twitter Redza Minhat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI