Sejak tukar kisah pelakon, Ardell Aryana yang dikatakan sedang bertarung dengan penyakit serius, ramai yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Malah, semalam bintang tersebut ada memuat naik satu entri di Instagram miliknya berkongsi mengenai ‘quote’ kegemarannya kepada umum.

“What is your favorite quote? Can you guys, share with me your favorite quotes.

“I would love to read all those #quotes that can inspired me and also for all of us who read ‘my comment’ (tak kisah apa pun kata2 yang bagus share je dengan saya).

“As for mine ‘Don’t look down on anyone… Ingat, we all sinners (iya kita semua pendosa ) . Yes, we all do.

“Without exception and we’re all in need of the same forgiveness from the same Creator ( ALLAH SWT), who is most Merciful.

“May the Almighty forgive us all amin. Now, turn korang pulak share kata-kata yang bermanfaat,” tulisnya.

IKLAN

Bagaimanapun, menjengah di ruangan komen, MH tertarik dengan komen rakan pelakonnya, Nazmi Adhwa.

“Kalau ‘I Love You’ tu pun kira quote tak?” soalnya.

Amboi… bahaya betul persoalan Nazmi kepada Ardell itu. MH lihat ramai juga yang terhibur dengan soalan tersebut.

IKLAN

“Kalau ‘I Love You’ Tu Pun Kira Quote Tak” – Kenapa Nazmi Adhwa Komen Macam Tu Pada Ardell?

Sebelum ini, ramai yang menyangkakan bahawa Nazmi dan Ardell bercinta namun kedua-dua mereka menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.

IKLAN

Apa-apapun, Nazmi sememangnya seorang rakan yang baik apabila dia tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat buat Ardell.

Foto: Instagram Ardell Aryana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI