Aktres popular, Ayda Jebat mengakui sambutan raya tahun ini hanya disambut secara sederhana sahaja kerana selepas tiga hari Syawal, dia perlu pulang ke ibu kota bagi melangsaikan komitmen lakonan yang masih berbaki.

Kata Ayda kepada MH, drama lakonannya menerusi slot Akasia perlu diselesaikan dalam tempoh terdekat kerana selepas ini, dia mahu memberi fokus terhadap pembikinan muzik video single terbarunya, Temberang.

“Selepas selesai penggambaran untuk drama berkenaan, saya mahu beri fokus terhadap proses pembikinan muzik video pula. Pada masa sama, ada beberapa lagi tawaran drama. Bagaimanapun, ia masih di peringkat perbincangan,” katanya yang bakal hadir menerusi sebuah filem tidak lama lagi.

Ditanya sama adalah adakah dia selesa statik menerusi filem bertema cinta dan air mata, penyanyi lagu Mata ini mengakui dia tidak mahu terikat. Sebaliknya turut mahu cabar diri mendukung watak yang jauh daripada sisi selesanya.

IKLAN

“Kalau Diberi Peluang, Saya Teringin Untuk Bawa Watak Yang…,” – Ayda Jebat

IKLAN

“Tak pernah tetapkan pun untuk berlakon di bawah satu tema saja sama ada menerusi drama atau pun filem. Cuma kalau yang hadir adalah suatu naskah tema cinta yang bagus, saya anggap itu rezeki dan perlu jayakannya dengan sebaik mungkin. Rasa tangunggjawab itu tetap ada.

 

“Bagaimanapun kalau diberi peluang, saya teringin untuk bawa watak yang ekstrem. Sesuatu yang berbeza daripada apa yang pernah saya lakukan. Sebab kita tahu kalau berlakon watak sedemikian, kita perlu lakukan sesi latihan dan proses itulah yang buatkan kita teruja,” kongsi Ayda yang sebelum ini sukses menerusi beberapa drama rantaian cinta. 

Jelasnya lagi, dia juga mahu cabar diri melakukan sesuatu yang baru dan berharap agar impiannya itu dapat direalisasikan.

IKLAN

“Mahu cabar diri sebabnya sebelum ini pernah berlakon dalam filem tema cinta. Harapnya ia akan menjadi kenyataan. Malah, kalau diberi kesempatan untuk beraksi dalam filem berbentuk thriller pun saya mahu cuba,” terang Ayda yang turut terlibat menerusi sebuah drama raya, Di Penghujung Sujud di samping Wan Maimunah. 

https://www.youtube.com/watch?v=cQLJqaBifSM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI