Berita

“Kalau Anda Nak Tahu, Ini Sebenarnya…,” – Ada Tanya Kenapa Ibu & Ayah Ikut Serta Pergi Honeymoon, Ini Reaksi Sissy Imann

Share

Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann tampil menjawab pertanyaan segelintir peminat yang mempertikaikan mengapa dirinya masih lagi bercuti bersama ibu dan bapanya meskipun sudah mendirikan rumah tangga.

Menurut Sissy, percutian ke Harbin, China itu sebenarnya bukanlah untuk dia dan suami berbulan madu, sebaliknya ia adalah percutian sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya.

Bukan Honeymoon, Tapi…

“Saya dapat beberapa DM yang berbunyi begini ‘Sissy okay ke honeymoon keluarga semua ikut? Dah kahwin pun family ikut ke?’.

“Kalau anda nak tahu, ini sebenarnya percutian ulang tahun perkahwinan ayahanda dan bonda. Malah, percutian ini juga adalah untuk meraikan hari lahir bonda lebih awal.

“Jadi, sebenarnya, kita yang menyebuk ikut mereka,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Mungkin Kamu itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.

Katanya lagi, dia dan suami sebenarnya akan berangkat berbulan madu seminggu selepas pulang daripada Harbin.

‘Clingy’ Dengan Keluarga, Tak Mahu Berjauhan Dengan Ibu Bapa

Namun, disebabkan enggan berjauhan dengan ibu bapanya, Sissy memutuskan untuk turut sama mengikuti mereka ke percutian tersebut.

“Pada mulanya, saya dan Zamir tak ikut pun sebab kami juga akan bercuti seminggu selepas percutian di Harbin ini untuk bulan madu kami.

“Tapi saya sangat clingy dan cakap dengan bonda ‘Tak boleh ke saya ikut?’. Kata bonda, saya kena tanya suami dahulu. Saya pun tanya suami dan ternyata dia juga suka jalan-jalan.

“Rezeki juga bonda belanja tiket penerbangan kami. Kami pun bersilatlah susun jadual supaya boleh ikut,” kongsinya lagi.

Dalam masa sama, Sissy turut memaklumkan perkara seperti ini tidak sepatutnya dipertikaikan kerana dia memang gemar meluangkan masa bersama keluarga.

“Jadi, jangan kesiankan kami. Kami gembira sahaja dapat ikut,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Sissy dan suami, Dr. Zamir Hilman telah selamat mendirikan rumah tangga pada 12 Disember lalu.

Pasangan ini dikhabarkan bakal berbulan madu ke Rome, Italy tidak lama lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Aizam Manaf