
Penyanyi Tomok, meluahkan rasa sedih selepas melihat keadaan penyanyi senior, Zamani yang mengalami masalah kesihatan ketika ingin membuat persembahan di konsert Gegar Vaganza 5 pada Ahad.
Menurut Tomok, sekiranya dia berada di sana semalam, sudah pasti dia akan naik ke pentas untuk menyelamatkan keadaan seterusnya membantu penyanyi tersebut untuk menghabiskan persembahannya.
Rasa sedih itu telah diluahkan oleh Tomok menerusi akaun Twitter miliknya.
kalau aku ada kat sana aku akan terus naik atas pentas..tak boleh tengok idola aku rasa sedih..aku akan tolong dia
— tomok (@TomokOfficial) October 28, 2018
“Kalau aku ada kat sana aku akan terus naik atas pentas. Tak boleh tengok idola aku rasa sedih. Aku akan tolong dia,” tulisnya.
Tambah vokalis kumpulan New Boyz itu, dia tidak sampai hati melihat idolanya itu bersedih kerana gagal menjalankan tanggungjawabnya di konsert minggu ke-5 itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui akan turut melakukan perkara yang sama sekiranya mengetahui perkara tersebut akan berlaku.
Terdahulu, Zamani yang sepatutnya membawakan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta tidak dapat memeruskan persembahannya kerana dipercayai mengalami masalah kesihatan yang serius.
Insiden tersebut menyebabkan dirinya hampir tersingkir sebelum diselamatkan oleh Datuk Alif Syukri yang menggunakan imunitinya sebagai pihak penaja.
Foto: Twitter Tomok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI