
Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, penyanyi Noraniza Idris bersama pasukannya, tampil dengan inisiatif Golden Voucher yang dimasukkan secara rawak ke dalam pek Murukku Che Ani Premium.
Menariknya, inisiatif ini dilakukan secara ikhlas tanpa sebarang keperluan untuk dijadikan bahan publisiti atau ditunjukkan kepada umum.
Menurut Noraniza yang juga pengasas bagi produk berkenaan, dia sendiri tidak bercadang untuk merakam atau memaparkan proses pemberian wang tunai kepada penerima Golden Voucher.
“Niat saya hanya ingin berkongsi rezeki dengan cara paling ikhlas. Tapi sayangnya, ada yang menuduh ini hanya gimik kerana mereka tidak menerima Golden Voucher tersebut,” jelasnya.
Noraniza yang lebih mesra disapa Kak Ani turut melahirkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak yang cepat membuat andaian negatif.
“Dalam zaman serba moden ini, seolah-olah setiap kebaikan perlu ditayang untuk dipercayai. Sedangkan nilai keikhlasan itu lebih bermakna apabila ia dilakukan tanpa perlu diumumkan.
“Saya mohon agar tidak mempertikaikan niat baik ini hanya kerana tidak semua bertuah untuk menerima Golden Voucher,” tambahnya.
Dalam pada itu, pihaknya juga menegaskan bahawa penyertaan Golden Voucher dijalankan secara telus dan rawak, dan ia bertujuan memupuk semangat memberi tanpa mengharapkan balasan mahupun pengiktirafan.
Mereka turut merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan pelanggan dan menyeru agar semua pihak menyebarkan kebaikan dengan hati yang terbuka.
“Rezeki itu bukan pada apa yang kita nampak, tetapi pada keberkatan yang kita rasa.
Bagi yang telah menerima Golden Voucher boleh terus berhubung dengan pengurusan Che Ani Premium dan transaksi akan terus dibuat,” ujarnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@cheanipremium Buat baik sekaramg ni, kena di hadapan camera dan recorded. Baru lah (malaikat netizen) tidak menghukum.. tidak mengapa. Doa yang baik2 aja #foryoupage #trending #fypシ #viral #fyppppppppppppppppppppppp #kongsirezeki #goldenvoucher @Noraniza Idris MY ♬ stellar – .diedlonely & énouement