Sebut sahaja rancangan Masterchef pasti semua orang tahu tentang pertandingan masakan nombor satu dunia ini.

Jika anda pernah menonton Masterchef Australia pasti anda kenal dengan salah seorang jurinya, Matt Preston.

Menurut sebuah portal hiburan, Matt mengatakan bahawa dia berasa sangat teruja kerana dapat mencuba pelbagai makanan di Malaysia.

Juri Masterchef Australia, Matt Preston Gemar Makan Sambal Petai

IKLAN

Antara makanan yang digemarinya adalah sambal petai, sate dan otak-otak. Katanya dia sangat menggemari rasa sambal yang terdapat di Malaysia dan apa yang bertambah sedap apabila dicampurkan petai dalam sambal. Baginya rasa petai itu sungguh sedap.

“Selain sambal petai, saya paling suka makan sate serta otak-otak, saya tidak bole gambarkan apabila ia masuk ke mulut, rasanya sangat sedap,” katanya kepada Astro Gempak.

Matt juga memberitahu bahawa dia ingin membawa inspirasi makanan Malaysia ke dalam masakannya nanti.

Tidak dapat dinafikan negara kita memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sangat menyelerakan jadi tidak mustahil buat Matt untuk jatuh cinta dengan makanan yang ada di sini.

IKLAN

Juri Masterchef Australia, Matt Preston Gemar Makan Sambal Petai

Terdahulu, rancangan Masterchef juga turut mendapat sambutan di negara kita dan telah banyak melahirkan chef selebriti yang sangat pandai memasak.

IKLAN

Antara chef selebriti yang lahir daripada rancangan ini adalah seperti Emelda, Brian, Ezani dan ramai lagi.

Ada juga artis yang turut bertanding dalam rancangan ini seperti, arwah Ari Malik, Che Ta, Michael Ang dan ramai lagi.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI