Tidak mahu mengingati konflik yang telah berlaku menerusi isu perkahwinannya yang terdahulu bersama penyanyi, Hafiz Hamidun sebelum ini, pengasas kosmetik Joy Revfa mengakui pada fasa sekarang kehidupannya lebih tenang dan tidak menafikan perancangan Allah SWT adalah yang terbaik.

Joy ditemui MH ketika menghadiri majlis pelancaran kosmetik juru solek terkenal, Datuk Alha Alfa di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Alhamdulillah kehidupan saya sekarang lebih tenang dan perancangan Allah itu sangat indah. Apa yang telah berlaku, saya lalui dengan tenang dan reda. Rezeki pun datang mencurah-curah dan pastinya saya bahagia apabila anak dan ibu sentiasa di sisi,” kongsi Joy yang turut memberitahu, dia akan lebih berhati-hati di dalam menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki selepas ini.

Joy Revfa Dedah Selebriti Antara Lelaki Paling Ramai Yang Cuba Mendekati Sejak Bergelar Janda, Terima Apa Adanya…

Tambahnya, titik hitam yang menimpa dirinya membuatkannya fobia untuk berkahwin setelah mengenali dalam tempoh singkat dan sudah tentunya, pengalaman lalu banyak memberinya pengajaran.

IKLAN

“Saya tak boleh nak cakap serik, tetapi fobia. Tak boleh lagi kenal dan kahwin terus. Kena kenal lama dulu sebelum mengikat pada satu fasa serius. Ini sudah kali yang kedua dan untuk yang ketiga insyaAllah, Dia sudah susun jodoh yang terbaik untuk saya,” kongsi Joy.

Diusik dengan pertanyaan gerangan mana lelaki yang paling ramai cuba mendekati usahawan ini, Jop mendedahkan golongan selebriti merupakan individu paling ramai mahu mengenali dirinya.

Joy Revfa Dedah Selebriti Antara Lelaki Paling Ramai Yang Cuba Mendekati Sejak Bergelar Janda, Terima Apa Adanya…

IKLAN

“Adalah yang cuba mendekati tu, tapi belum terbuka hati. Selebriti paling ramai, tapi tak boleh bagitahu siapa. Kalau Allah jodohkan saya dengan selebriti pun saya okay saja tetapi kalau orang biasa pun saya terima apa adanya,” akhiri Joy jujur. 

Foto: Instagram Joy Revfa

Ikuti temu bual bersama Jpy Revfa menerusi FB Live MH.

IKLAN

Kata Joy, dia sudah melupakan kes melibatkan perkahwinannya yang berakhir bersama Hafiz Hamidun.

Posted by MEDIA HIBURAN on Saturday, 12 May 2018

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI