Pelakon Datuk Aaron Aziz terus melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan dengan menjadi rakan kongsi kepada syarikat umrah dan percutian terkenal, Persada Global Holidays.
Langkah ini menandakan usaha aktor berkenaan untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat yang ingin menunaikan ibadah umrah dan menikmati percutian yang bermakna.
Aaron Aziz, 49, berkata, kerjasama dengan Persada Global Holidays kerana reputasi syarikat itu dalam menyediakan pakej umrah dan pelancongan berkualiti tinggi.
“Mereka mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan perjalanan, sekali gus berjaya membina kepercayaan ramai pelanggan sejak penubuhannya.
“Saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Persada Global Holidays. Ini adalah peluang bagi saya untuk membantu lebih ramai orang merealisasikan impian mereka, sama ada untuk menunaikan ibadah umrah atau menikmati percutian yang indah,” katanya.
Sebagai rakan kongsi, Aaron menjelaskan, dia bukan sahaja akan menyumbangkan idea inovatif untuk memperkukuhkan operasi syarikat, malah akan turut terbabit dalam mempromosikan pakej baharu yang mesra keluarga, selesa, dan berpatutan.
“Menerusi kerjasama ini, Persada Global Holidays akan memperkenalkan beberapa pakej eksklusif yang diinspirasikan oleh pengalaman peribadi saya.
“Pakej ini dijangka mendapat sambutan hangat daripada peminat dan masyarakat umum,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persada Global Holidays Shahir Ibrahim berkata, pihaknya optimis bahawa kerjasama ini akan memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri umrah dan pelancongan di Malaysia.
“Datuk Aaron Aziz bukan sahaja seorang figura besar di Malaysia dan Singapura, tetapi juga individu yang mempunyai keperibadian yang sangat dekat dengan masyarakat.
“Dia ialah ikon yang mampu menarik perhatian ramai dan pada masa yang sama, membawa mesej yang bermakna.
“Kerjasama ini bukan sekadar untuk memperkenalkan jenama, tetapi untuk menginspirasi lebih ramai umat Islam menunaikan umrah dengan penuh makna.
“Malah, apa yang istimewa, tagline ‘Umrah itu Mudah’ yang kini menjadi misi utama kami adalah cadangan daripada Aaron sendiri.
“Ia mencerminkan pemahaman mendalam beliau terhadap visi kami bahawa perjalanan umrah ini bukan hanya tentang ibadah, tetapi juga tentang kemudahan, keselesaan, dan keikhlasan.
“Dengan pengaruh dan nilai positif yang beliau bawa, kami yakin lebih ramai yang akan memahami dan merasakan bahawa impian ke Tanah Suci itu adalah sesuatu yang mudah dicapai.
“Menerusi kerjasama ini, insya-Allah, adalah langkah untuk membawa kebaikan kepada lebih ramai orang,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin menjelaskan kemunculannya bersama rakan artis, Amira Othman dengan mengenakan pakai sedondon pada majlis pengumuman Duta Jakel 2025, hari ini tidak lebih sekadar memenuhi tuntutan klien.
Fattah berkata, dia juga tiada masalah untuk digandingkan dengan Amira sekiranya ia mampu memberi impak baik kepada dirinya dan klien terbabit.
“Ini adalah rezeki dan kepercayaan diberikan oleh klien, macam sebelum ini juga. Macam saya cakap sebelum ini, kita sama-sama membantu.
“Jakel ambil kami sebagai wajah mereka dan kami bantu untuk mempromosi. Bila Jakel bersetuju untuk menggandingkan saya bersama Amira, itu juga membantu promosi.
“Jadi, kalau perkara itu ada beri kesan kepada klien yang mengambil kami, saya fikir tiada masalah kerana saling bantu-membantu.
“Kalau selepas ini ada lagi tawaran membabitkan kami, saya rasa tiada masalah. Jadi, bila diberi peluang dan kepercayaan saya ambil untuk penuhi kepercayaan itu,” katanya.
Penyanyi lagu Wanita Terakhir itu berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Pengumuman Duta Jakel 2025 di Jakel Mall, Kuala Lumpur.
Menerusi majlis pengumuman duta dan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 itu, dua selebriti berkenaan mencuri perhatian apabila tampil berpakaian sedondon dalam rona ‘burgundy’.
Sebelum ini, Amira disebut sebagai antara wanita yang kini berhubungan mesra dengan Fattah selepas pelakon itu bercerai dengan bekas isteri yang juga pelakon, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.
Bagaimanapun, Amira pada Sabtu lalu menjawab persoalan mengenai gosip itu apabila memaklumkan mereka sebenarnya bekerjasama dalam muzik video single terbaru Amira berjudul Bila Nak Kahwin.
Sementara itu, Amira menepis dakwaan dirinya ‘menunggang’ populariti Fattah yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini.
“Saya kurang faham sikit definisi ‘menunggang’ ini. Pada saya semua ini rezeki. Apa yang pasti, segala terjadi dan disusun ini adalah rezeki.
“Saya rasa perkataan ‘menunggang’ itu kurang sesuai digunakan kerana kalau sudah tertulis rezeki, maka macam-macam boleh berlaku.
“Pertama sekali, ia bermula dengan gimik. Apa sahaja pilihan kita sama ada mahu kontroversi atau tidak, pasti ada kebaikan dan keburukan. Dengan gimik ini pasti ada spekulasi dan sebagainya.
“Tapi, pada saya asalkan ia tidak berlebihan-lebihan. Kalau nampak kami keluar bersama, itu semua atas dasar kerja,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun hanya sekejap meluangkan masa bersama Nur Fatima, kerinduan pelakon Fattah Amin terhadap anak perempuannya itu tetap tidak pernah padam.
Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, juga berharap agar anaknya itu tidak bersedih, kerana kasih sayang dan cintanya kepada Fatima akan kekal sampai bila-bila.
Hantaran berkenaan juga pantas menjadi sorotan warganet sehingga ruangan komen dihujani dengan reaksi yang pelbagai. Antaranya;
“Terima kasih Mummy tolong jagakan anak Daddy dengan baik dan sempurna.”
“Alhamdulilah… Semoga Allah SWT terus pelihara kasih sayang ini hingga ke syurga.”
“Syukur alhamdulillah Ya Allah. Dapat juga Fattah lepaskan rindu peluk Fatima walaupun seketika. Kasih ayah buat anak akan terus mekar selamanya sampai ke syurga.”
“Muka Fattah Amin. Selalu anak first mesti copy paste wajah ayah. Allah Yang Maha Bijaksana.”
“Alhamdulillah. Both happy. Dapat hilang rindu walau sekejap. Tak tahu kenapa sedih tengok gambar ni.”
Imbas kembali, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, pada 7 Oktober tahun lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.