“Jika Itu Yang Orang Nak, Saya Akan Jadi Pengasas Filem ‘Porn’ Di Malaysia,”- Namron

Pengarah dan pelakon, Namron meluahkan rasa kecewa selepas filem arahannya, One Two Jaga kurang mendapat sambutan daripada peminat filem tempatan.

Katanya, dia berasa sangat tertipu dengan kata-kata manis setengah pihak yang pada mulanya mengakui tidak sabar untuk  menonton tersebut.

Namun, apabila ia ditayangkan, filem tersebut kurang mendapat sambutan daripada peminat filem tempatan dan kebanyakkan panggung wayang pula kosong.

IKLAN

“Salam, Kalu belek kat sosial media banyak yang cakap support, dah lama tunggu, filem wajib tonton dan macam-macam lagi tapi di panggung kosong takde orang. Baru ai sedar ai terpedaya dengan kata-kata manis. Takpe lepas ni ai buat filem porn pulak mungkin itu yang rakyat Malaysia mahu.

 

“Jika I dah sanggup buat filem ringan bukan filem berat semata-mata nak kongsi cerita ai tapi orang ramai masih tak terpanggil ke panggung ai tak tahu apa lagi yg orang ramai mahu dari ai. Mungkin porn atau blue film yg mereka harapkan dari ai,” tulisnya.

Tambah Namron, dia mengarah filem tersebut bukanlah untuk memenangi anugerah, sebaliknya ingin menyampaikan mesej yang mudah difahami walaupun diperingkat sekolah rendah.

Dalam pada itu, Namron memberi tahu bahawa dia akan beralih untuk membikin filem ‘porn’ sekiranya itu yang rakyat Malaysia mahukan.

Di ruangan komen, rata-rata peminat meminta Namron untuk bersabar dan berpandangan penonton akan mula ramai menjelang hari minggu.

IKLAN

Filem One, Two Jaga arahan Namron membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Iedil Putra, Asmara Abigail dan ramai lagi.

Foto: Twitter