
Pelakon Beego berkongsi momen ketika dia mengisi masa bersama anak-anaknya di sebuah pusat membeli-belah.
Menerusi sepotong video pendek yang dimuat naik di TikTok itu, kelihatan ketiga-tiga cahaya mata Beego sedang menikmati ais krim sambil membeli-belah.
Dalam masa sama, Beego atau nama sebenarnya Aszerul Nizam Abdullah, 45, berkongsi bahawa anak-anaknya tidak trauma, sebaliknya gembira bila dapat luang masa bersamanya.
“Anak-anak happy je keluar dengan daddy. Tak ada pun trauma.”
Bagaimanpun, perkongsian tersebut menerima reaksi daripada anak sulung Beego, Jelita Clarissa.
“Ishh Daddy! Jelita tak pakai tudung la tapi kenapa daddy expose sekarang? Tu kan video dulu,” tulisnya.
Beego bagaimanapun meminta maaf kepada anaknya itu kerana memuat naik video berkenaan.
“Sorry Ita. Video baru juga. Ita pakai tudung tudung baru je kan? Sorry okay.
“Ita pakai tudung terus istiqamah okay, semoga Allah lindungi Jelita dengan rahmatNya. Love you all always,” balasnya.
Terdahulu, Beego tidak hadir pada proses mendengar laporan JKP yang berlangsung Selasa lalu kerana difahamkan kurang sihat.
Sekadar info, Linda memfailkan cerai terhadap Beego pada awal Januari lalu dengan alasan tiada lagi persefahaman.
Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini pernah bercerai talak satu sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula pada 9 April 2023.
Namun, Linda kemudian mendedahkan mereka sekali lagi bercerai selepas beberapa bulan, sebelum kembali bersama tidak lama kemudian.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: TikTok Beego