Rapper, Altimet terharu apabila muzik hip hop semakin mendapat tempat di hati masyarakat kini.

Menerusi entri terbarunya di laman Instagram, Altimet berkongsi kisah apabila seorang anak muda yang diberikan ‘green light’ oleh ibu bapanya untuk muzik genre itu.

“Jauh perjalanan muzik hiphop kat negara ni. Hujung minggu lepas masa aku bawak lagu #Bunga kat #orchidrunride2018, Adik Hamzah ni join aku nyanyi sekali.

 

“Boleh kata satu lagu ah dia hafal. Mak dia yang galakkan dia naik pentas & tunjuk bakat dia. Zaman aku Baha Hamzah ni, rata2 Mak ayah semua kata lagu rap ni merepek la, bukan muzik la, macam2 la.

 

“Kat sekolah, majority member layan rock, 2-3 kerat je layan hiphop, memang jadi kambing hitam ah. Dulu dulu dah habis, makin lama genre ni makin diterima orang kita.

 

“Bukan senang nak kenalkan benda baru, guys. So aku nak salute semua pelopor2 hiphop kat Malaysia ni. Terima kasih sebab bukak pintu untuk yang seterusnya.

 

“Yang seterusnya pulak, jangan lupa bukak pintu baru untuk mereka yang akan datang. Terima kasih. 27/09/18, guys. 2 bulan lagi. #cakapterang,” tulisnya.

View this post on Instagram

Jauh perjalanan muzik hiphop kat negara ni. Hujung minggu lepas masa aku bawak lagu #Bunga kat #orchidrunride2018, Adik Hamzah ni join aku nyanyi sekali. Boleh kata satu lagu ah dia hafal. Mak dia yang galakkan dia naik pentas & tunjuk bakat dia. Zaman aku Baha Hamzah ni, rata2 Mak ayah semua kata lagu rap ni merepek la, bukan muzik la, macam2 la. Kat sekolah, majority member layan rock, 2-3 kerat je layan hiphop, memang jadi kambing hitam ah. Dulu dulu dah habis, makin lama genre ni makin diterima orang kita. Bukan senang nak kenalkan benda baru, guys. So aku nak salute semua pelopor2 hiphop kat Malaysia ni. Terima kasih sebab bukak pintu untuk yang seterusnya. Yang seterusnya pulak, jangan lupa bukak pintu baru untuk mereka yang akan datang. Terima kasih. 27/09/18, guys. 2 bulan lagi. #cakapterang

A post shared by Altimet (@altimet) on

Perkongsiannya itu mendapat sokongan para peminat muzik hip hop yang sempat berkongsi kisah mereka berdepan dengan orang-orang yang ‘mengutuk’ genre muzik itu.

IKLAN

“Jauh Perjalanan Muzik Hip Hop Kat Negara Ni,” – Altimet

“Jauh Perjalanan Muzik Hip Hop Kat Negara Ni,” – Altimet

IKLAN

“Jauh Perjalanan Muzik Hip Hop Kat Negara Ni,” – Altimet

IKLAN

Pada MH, setiap orang ada minat masing-masing dan tidak dinafikan bahawa genre hip hop memang semakin mendapat tempat di hati peminat.

Mungkin, ada yang tidak faham mengenai muzik tersebut tapi kini, pandangan dan persepsi mereka sudah berbeza. Apa-apapun, kita sebagai rakyat Malaysia kenalah sokong industri muzik tanah air tidak kiralah apa genre sekalipun.

Foto/Instagram: Altimet

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI