Pertunjukan fesyen berskala mega dari pakaian dalam wanita, Victoria Secret Fashion Show 2017 di Shanghai, China telah pun melabuhkan tirainya baru-baru ini.

Pebagai momen menarik dilakar sepanjang pertunjukan. Namun paling menjadi sebutan ramai apabila berlaku insiden apabila seorang model asal China, Ming Xi telah terjatuh di atas pentas ‘runway’.

Jatuh Tergolek, Model Victoria Secret Terima Sokongan Model, Penonton

Video yang merakamkan saat Mig Xi terjatuh telah menjadi viral dan menjadi sensasi di media sosial ketika ini.

Kelihatan Ming Xi tergelincir sedikit sewaktu berjalan dan kemudiannya hilang kawalan untuk mengimbangkan badannya lalu terjatuh.

IKLAN

Jatuh Tergolek, Model Victoria Secret Terima Sokongan Model, Penonton

Apa yang lebih menarik perhatian MH adalah, penonton yang hadir pada acara tersebut telah memberikan satu tepukan gemuruh untuk model ini bagi menaikkan kembali semangatnya. Malah, rakan model turut membantunya.

IKLAN

Jom kita saksikan video yang merakamkan bagaimana model ini boleh terjatuh.

IKLAN

Menurut sumber E! News pula, pada awalnya Ming Xi berjalan dengan lancar di atas pentas dan dia juga turut mengibarkan ekor kostum yang dipakainya namun begitu bahagian ekor kostum itu terbelit dan membuatkan dia terjatuh di atas pentas tersebut.

Dia kemudiannya lantas bangun untuk meneruskan pertunjukan sambil tersenyum pada penonton dan pada saat itu kedengaran tepukan yang sangat gemuruh daripada penonton buatnya.

Bagi MH perkara sebegini adalah sesuatu yang normal dan selalu terjadi kepada para model sewaktu membuat peragaan pentas. Jadi mungkin disebabkan itu penonton tidak mentertawakan Ming Xi sebaliknya memberikan dia semangat dengan tepukan gemuruh.

Sumber: E! News

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI