Berita

“Jarang Dengar Ayah Yang Single Meroyan Di Medsos Kan? Walhal Mereka Juga Turut Tersakiti,” – Fazley Yaakob

Share

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menyuarakan pandangannya mengenai realiti yang jarang diberi perhatian membabitkan golongan lelaki, khususnya selepas berpisah dengan bekas isteri.

Menurut Fazley, suara seorang lelaki yang bergelar bapa sering kali dipandang enteng, lebih-lebih lagi dalam situasi perceraian apabila mereka mudah dilabel culas dalam menunaikan tanggungjawab nafkah.

Namun hakikatnya, tidak semua bapa bersikap sedemikian.

Terdapat juga segelintir yang sanggup bekerja keras dan melakukan apa sahaja pekerjaan demi memastikan kebajikan bekas isteri serta anak-anak terus terpelihara.

Luahan Tentang Realiti Bapa Single Parent

“Jarang dengar ayah-ayah yang single parent meroyan dii medsos kan? Walhal mereka juga turut tersakiti.

“Yang kita selalu dengar kisah bekas suami tak bayar nafkah, tapi yang kita tak tahu betapa mereka ini berusaha mati matian untuk mencari duit untuk sara hidup anak-anak,” tulisnya.

Luahan itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Asmara Ini menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, sekali gus membuka mata ramai pihak terhadap sisi lain perjuangan seorang bapa selepas perceraian.

Tidak Terlalu Menghukum

Sehubungan itu, Fazley turut menyeru agar masyarakat tidak terlalu keras dalam menilai serta memberikan tekanan kepada para bapa yang sedang berusaha sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

“Dengan nak jaga keluarga sendiri (adik beradik dan mak ayah), bayar hutang-hutang yang masih berbaki sebab masa masih berkahwin dulu berhutang untuk kelangsungan hidup.

“Jadi, tolong jangan mudah marah bekas-bekas husband yang masih berusaha nak bayar nafkah,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, Fazley pernah mendirikan rumah tangga selama 18 tahun bersama Azrene Soraya Abdul Aziz sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2024.

Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Fierudz Shah dan Alayna Selma.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredir Foto: Instagram & Threds

Published by
Aizam Manaf