Pelakon, Sharifah Amani ada meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sikap segelintir penggiat yang ambil mudah urusan soal pengambilan pelakon untuk sesebuah naskhah.

Katanya, bukan mudah untuk seseorang pelakon itu untuk menghidupkan watak mereka dan mengambil ‘selebriti’ yang bukan seorang pelakon juga amatlah tidak membantu.

“Please lah jangan seksa pelakon tulen kamu dengan meletakkan celeb sebagai sparring partner. Kesian tengok pelakon tu usaha sedaya upaya untuk hidup kan scene dan chemistry.

 

“Si celeb pun main throw je dialogue. Takde kongsi rasa apa sikit pun. End up cerita jadi struggle.

 

“If the characters are suppose to be Chinese why didn’t you just cast Chinese actors?

 

“Real actors are rare. They don’t sell themselves, they sell their craft. They know fame is not important, being truthful to their work is. Itu pasal skali skala dapat dia punya puas tu lain macam. Setiap scene jadi mahal pasal dorang tak wujud je. Mereka hidup.

 

“If u don’t believe the words that are coming out of your mouth, how are u going to convince the audience?

 

“Once the audience can tell that you’re acting you have failed. It’s not about memorising lines then regurgitating them back out. It’s about living the life of your character,” tulisnya menerusi laman Twiternya.

Ads

Dia bagaimanapun mengambil langkah berdiam diri saat netizen membuat spekulasi mengenai siapa sebenarnya yang dimaksudkan pelakon filem Sepet itu.

Ads

Ads

Pada MH, setiap orang mungkin mempunyai pandangan yang berbeza. Mungkin ada yang melihat lakonan ‘seseorang’ ada potensinya sebab itulah dia diambil berlakon.

Apa-apapun, MH harap isu ini dapat diselesaikan segera. MH faham, sebagai salah seorang pelakon tentunya Amani ingin melihat yang terbaik dalam industri kan?

Foto/Instagram: Sharifah Amani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI