Hiburan

“Jangan Nilai Dari Klip Pendek,” – Watie Pertahan Tindakan Anak Isu ‘Woi’, Shuib Jelas Situasi Sebenar

Share

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu, iaitu Watie Hanifiah, tampil mempertahankan tindakan anak perempuannya, Talita Zahra, yang didakwa bersikap biadap dalam satu sesi siaran langsung baru-baru ini.

Menurut Watie, video pendek tersebut telah disalah erti oleh segelintir netizen yang hanya menilai berdasarkan satu potongan pendek rakaman.

“Alamak, lain point yang kita tunjuk, lain point yang orang debatkan. Jangan menilai hanya dengan suasana yang menyebabkan perkara itu terjadi.

“Alhamdulillah, anak-anak saya semua jenis yang beradab dan menghormati,” tulis Watie menerusi ruangan komen di sebuah portal hiburan di Instagram.

Watie turut menjelaskan, semua anak dididik dengan penuh adab dan rasa hormat, dan tindakan Talita itu tidak wajar dijadikan bahan kecaman hanya kerana persepsi dari klip pendek yang tular.

Shuib Jelaskan Situasi Sebenar

Turut bersuara, Shuib memberi penjelasan berhubung situasi sebenar yang berlaku dalam rakaman tersebut.

Menurutnya, tiada sebarang niat untuk meninggikan suara, sebaliknya Talita hanya bercakap dalam nada yang lebih kuat memandangkan bunyi muzik di lokasi ketika itu agak bising.

“Biasanya tak bercakap begitu. Kalau tempat bising, kena cakap kuat,” jelas Shuib ringkas.

Sebelum ini, Talita dikecam oleh segelintir netizen selepas didakwa memanggil ibunya dengan panggilan ‘woi’ dalam siaran langsung berkenaan.

Ramai yang menyifatkan tindakannya itu sebagai tidak beradab dan kurang sopan.

Untuk info, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Shuib sebelum ini mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham isteri pertamanya, penyanyi Siti Sarah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Oh Bulan! & Instagram Watie Hanifiah

Published by
Aizam Manaf