Nampaknya walaupun ibu bapa kepada pengasas kosmetik Nur Sajat sudah bersumpah anaknya itu Khunsa, namun ramai netizen yang seakan tidak puas hati dengan kata noktah yang diberikan daripada ahli keluarga Sajat.

Apa sahaja yang dilakukannya pasti akan dibalas dengan kecaman-kecaman malah ada juga yang masih mengaitkannya dengan gelaran yang tidak sepatutnya.

Simpati dan rasa kasihan dengan apa yang dilalui oleh Sajat, rakan baiknya Fasha Sandha telah membuka mulut dan menegur sesetengah netizen yang masih berdegil mencari kesempatan melemparkan pelbagai tomahan terhadap rakannya itu.

IKLAN

‘Jangan Menilai Orang Dari Luaran’ Fasha Sandha Beri Nasihat Kepada Netizen Yang Sering Kecam Sajat

Melalui akaun Instagram miliknya, Fasha meminta orang ramai jangan mudah menilai orang dari luarannya kerana tiada siapa tahu tentang hati seseorang.

IKLAN

“Jangan menilai orang dari luaran, Kita pun tak tau hati kita bersih atau tidak. Dia yang saya kenal, seorang yang pentingkan keluarga dan kerjayanya. Bangun awal pagi, dan patuh pada keluarganya. Siapalah kita untuk menilainya,” tulis Fasha.

Malah, Fasha turut meminta netizen diluar sana untuk jangan terus menghina seseorang kerana kita sendiri tidak tahu apakah nasib kita yang aka datang.

IKLAN

“Jangan lah hina orang sedemikian rupa, kita tak tahu apa nasib kita di kemudian hari, kita juga ada keluarga, bayangkan apa yang dia lalui, terjadi pada kita atau keluarga kita,” tulisnya lagi.

‘Jangan Menilai Orang Dari Luaran’ Fasha Sandha Beri Nasihat Kepada Netizen Yang Sering Kecam Sajat

Bagaimanapun, Fasha sempat memberi semangat kepada sahabatnya itu untuk terus berjuang dalam dunia perniagaan dan mengucapkan selamat berjaya kepada Sajat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI