
Anak kepada penyanyi Saleem Iklim, Nursyafiq Farhain berharap agar orang ramai menghentikan cerita-cerita palsu terhadap kesihatan bapanya yang kini terlantar di hospital.
Menerusi Facebooknya, Nursyafiq berharap orang ramai menghentikan cerita yang tidak betul sebaliknya mendoakan perkara yang baik.
“Doakan yang baik-baik, cakap yang baik-baik kerana kata-kata itu doa.
“Jangan cakap benda yang tak betul kerana ia menjadi fitnah dan sia-sia bercakap tapi dapat dosa fitnah, sebaiknya diam,” tulisnya.
Sebelum ini, terdapat laporan palsu dan tuduhan liar mengatakan penyanyi lagenda itu telah meninggal dunia dan mengatakan penyakit yang dialaminya berpunca daripada pengambilan bahan terlarang.
Saleem Iklim kini ditempatkan di bawah jagaan pakar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat jangkitan kuman.
Penyanyi itu mempunyai ketumbuhan di bahagian bawah perut sebelum ia merebak dan menyebabkan kesihatan penyanyi itu terjejas.
Dalam pada itu, Nursyafiq turut berharap agar bapanya itu cepat sembuh dan kembali memeriahkan industri hiburan.
“Sama-sama kita doakan beliau semoga cepat sembuh dan dapat mengharumkan lagi industri muzik tanah air,” katanya.
Nursyafiq yang kini bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba & Penyelamat Tebrau Johor Bahru sebelum ini mendapat perhatian netizen selepas suaranya iras Saleem yang juga bapanya.
Sumber: Sinar Harian
Teks: Wartawan Sinar Harian
“Saya Muntah Darah, Segumpal Rambut Keluar,” – Gangguan Mistik Time GV? Azharina Buka Mulut

“Ternampak (rakan artis terkena) dan saya pun pernah merasai juga.” Demikian kata penyanyi yang bakal bersaing menerusi Bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Azharina Azhar apabila ditanya mengenai gangguan mistik yang pernah dialaminya sebelum ini.
Azharina mendedahkan, situasi tersebut berlaku sehari sebelum berlangsung konsert akhir Gegar Vaganza 3 lebih tujuh tahun lalu.
Bintang asal Sabah itu mengakui, dia mengalami muntah darah selain segumpal rambut tiba-tiba keluar dari mulutnya.
“Saya tak pernah kongsikan mengenai perkara ini di mana-mana. Jadi saya cakap jujur sajalah.
“Sebenarnya waktu konsert akhir GV3 keesokan harinya, pada malam itu selepas pulang daripada sesi latihan penuh, saya muntah darah.
“Satu gumpal rambut keluar melalui mulut, ketika itu saya di hotel. Doktor dan isterinya selain pekerja saya sebagai saksi.
“Mereka menyaksikan ‘adegan Ju On’ yang saya sendiri tidak percaya wujud di dunia. Kemudian pada jam 3 pagi doktor datang sampai berikan drip sebab saya batuk keluar darah dan juga rambut.
“Saya ingat Ju On hanya ada dalam filem rupa-rupanya di dunia nyata juga wujud. Saya tak pernah nampak cuma saya mengalaminya, rambut keluar daripada mulut. Bila tanya puncanya, doktor pun tak boleh nak jawab,” katanya.
Azharina ditemui selepas namanya diumumkan sebagai salah seorang bintang All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.
Azharina bagaimanapun bersyukur atas rezeki yang diraihnya pada ketika itu apabila berjaya muncul Juara GV3.
“Saya pasti semua orang akan rasa takut kalau berdepan dengan situasi sedemikian. Namun saya percaya dengan bakat yang ada, mahu cari rezeki halal membesarkan anak-anak saya.
“Saya juga ibu tunggal, sudah menjanda 17 tahun dan saya sendiri cari duit jaga keluarga dan anak-anak. Jadi harus kuat untuk semua yang berada di sekeliling saya,” katanya lagi.
Dalam pada itu selain Azharina (GV3), program All Stars Gegar Vaganza bakal menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam.
Program ini juga ditayangkan secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
“Laporan Terhadap SKMM Menyusul,” – Peguam Nafi Baby Shima Pergi Kelab Malam Untuk Layan Pelanggan, Mahu Ambil Tindakkan Terhadap Pemfitnah

Peguam mewakili penyanyi, Baby Shima, Azfar Azmi menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kehadiran anak guamnya itu di sebuah kelab malam di Johor Bahru baru-baru ini adalah untuk melakukan kerja-kerja terkutuk dan tidak bermoral.
Jelas Azfar, tuduhan tersebut sememangnya melampau dan boleh menjejaskan imej Baby Shima sebagai anak seni.
“Shima memandang serious tuduhan demi tuduhan yang melampau, tidak berasas dan berunsur fitnah yang dilemparkan terhadap Baby Shima melalui pelbagai peranti media sosial sedia ada.
“Sedangkan Shima datang hanya untuk membuat persembahan sahaja. Bukan seperti apa yang difitnah (melayan customer, dikelilingi customer!),” tulisnya.
Kenyataan itu dikongsikan menerusi laman Instagram terkini penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu.
Katanya lagi, anak guamnya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang telah melemparkan tuduhan tidak berasas tersebut.
“Poster telah pun dipromosikan dan dikongsikan berkali kali di sosial media Shima sebelum persembahan dijalankan.
“Rujukan kepada peguam Shima, tindakannya serta laporan terhadap SKMM akan menyusul. Sekian, harap maklum,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat malah, ada juga yang mencadangkan Sha untuk meneruskan sahaja proses saman tersebut.
“Akhir zaman ni banyak yang suka memfitnah. Sibuk hal orang. Sibuk dengam tingkatkan ekonomi diri dan keluarga kan lebih baik.
“Habislah nama-nama yang dah terpampang dekat situ. Jawabnya jumpa di mahkamah sahajalah.
“Kasi saman betul-betul. Bagi pengajaran sikit. Nak sangat jadi haters. Tak suka sekali pun, jangan sampai memfitnah.
“Saman sahajalah. Kesian kena fitnah. Diorang tak tahu kot kerja sebagai penyanyi ni luas.
“Habislah yang kena tag tu. Cari jangan tak cari. Panas dah tu. Taip sesuka hati ke? Tak fikir guna otak dan akal,” antara komen-komen netizen.
Baru-baru, tular sepotong video yang memaparkan Baby Shima sedang membuat persembahan dan sakan bergelek di sebuah kelab malam.
Video tersebut kemudiannya tersebar diseluruh platform media sosial dan mengundang perspektif bercampur baur daripada masyatakat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Baby Shima
“Jangan Sedap Mengata Artis, Negara Ada Undang-Undang,” – Fasha Sandha Terima Permohonan Maaf

Pelakon popular, Fasha Sandha menerima permohonan maaf daripada seorang individu selepas meninggalkan komen tanpa usul periksa mendakwa aktres tersebut telah melakukan pembedahan usus sehingga kini kelihatan ramping.
Jelas Fasha, dia berharap agar insiden ini dapat dijadikan iktibar buat semua pihak di luar sana agar tidak sewang-wenangnya menyebarkan berita yang tidak sahih.
“Selepas tiga jam. Permohonan maaf terbuka daripada @sizukamomoshi/ Hanis Syafiqah seorang nurse.
“Saya maafkan, hanya untuk kali ini dan semoga dapat dijadikan ikhtibar. Agar tidak berlaku pada orang lain terhadap artis lain juga,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Anak Tuan itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Fasha turut memaklumkan dirinya boleh sahaja mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara seperti ini berterusan lagi.
“Dapatkan fakta sahih sebelum komen.
Jangan sedap-sedap nak mengata artis atau sesiapapun. Jangan sesekali menyalah gunakan sosial media. Negara ada undang-undang
“Saya tidak akan menjawab apa-apa lagi tentang isu ini kerana saya dah pun maafkan dia. Terima kasih,” ujarnya lagi.
Terdahulu, individu tersebut memaklumkan dirinya telah mendapat perkhabaran daripada seorang kenalan yang juga merupakan jururawat di sebuah hospital yang mengatakan Fasha telah menjalani pembedahan usus.
Menerusi hantaran berasingan, isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan individu yang telah menjalani pembedahan bariatrik itu adalah ibunya.
Kata Fasha lagi, ibunya itu terpaksa menjalani prosedur berkenaan kerana faktor kesihatan.
Lantaran itu, Fasha telah mengarahkan individu berkenaan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha