Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Kongsi pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan itu dia memberi nasihat kepada para suami untuk menghargai isteri.

“Jangan marah kalau isteri kuat makan..Jangan bising kalau isteri gemuk.

“Kerana setiap suapan isteri pahala buat suami.. 10 suapan isteri 10 pahala suami.

“Bila badan isteri berisi tandanya suami memahami. Jommm bawak isteri makan kat The Dim Sum Place harini.

“@thedimsumplacekl #thedimsumplacekl #jsrasa #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat memuji perkongsian penerbit berusia 47 tahun itu.

Gambar : Instagram Sheila Rusly