Pelakon, Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman ada berkongsi sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon kelahiran Labuan itu, dia telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun, semalam.
Menerusi entri tersebut, Nazim berdoa agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sedang menanti jodoh untuk dirinya.
“Hari ni Hari Malaysia. 16 September adalah tarikh saya lahir. Selamat bercuti pada ulangtahun hari kelahiranku.
“Alhamdulliah, masih dikurniakan nafas dan kekuatan untuk menempuh hidup yang wow! Full of surprises. Anyway , saya bersyukur atas kesihatan yang baik, rezeki yang sentiasa mengalir dan jugak ruang untuk memperbaiki kekurangan diri yang penuh khilaf ini.
“Cuma jodoh je tengah kutunggu untuk kujaga dan dijaga olehnya.
“Tak nak hadiah. Rumah dah penuh barang nak letak hadiah tak tau kat mana. Kek pun tak nak. Lebih baik awak simpan duit tu dalam tabung atau bagi kat anak-anak yatim.
“Saya cuma nak dengar doa yang baik-baik je dari korang untuk saya sempena hari jadi saya ni. Thank U guys! May God bless us all.,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar Nazim dipertemukan jodoh yang baik dan dipanjangkan umur.
Terdahulu, Nazim pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang pelakon dan model, Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally pada 10 September 2016.
Bagaimanapun, mereka telah disahkan bercerai pada 2 Mei 2018.
Foto : Instagram Nazim Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Awal semalam, hos dan bintang media sosial, Hazeman Huzir ada memaklumkan dirinya bakal berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.
Malah difahamkan sebelum ini, Hazeman yang sinonim menerusi program Motif Viral ada memberi bayangan akan menjejakkan kaki ke tanah suci apabila sudah ada yang mengucapkan selamat jalan buatnya sejak beberapa hari lalu.
“Since takyah Ihram dulu, sebab land Madinah, asalnya nak pakai tshirt hitam, jaket kulit, seluar jeans je tadi.
“Tapi kang jemaah lain ngata pulak “Awak ni nak pergi jalan-jalan Pavilion ke?” Anyways, just a little bit of old stories I’ve collected from various grandfather stories.
“Dulu masa zaman takde kapal terbang atuk dan moyang kita akan tulis wasiat dulu sebelum gerak umrah & haji melalui kapal laut.
“Sebab instead of 2 minggu pergi haji dan umrah macam sekarang, back then the length back and forth can reach up to months.
“Oleh disebabkan ada yang gerak pakai kapal laut, ada yang meninggal dalam perjalanan.
“Dan dari yang saya baca selepas selesai urusan jenazah, arwah akan disemadikan ke laut,” maklumnya.
Pada masa sama, Hazeman turut meminta peminat agar mendoakan urusannya di tanah suci.
“Yeah I’m being morbid, I know. Aku pun tak tau kenapa aku cerita ni. But my point here is this.
“In keeping with the traditions in a modern setting, aku ada 2 jenis harta kebendaan. Satu fizikal, satu virtual.
“Harta fizikal aku wasiatkan pada ahli keluarga. Harta virtual aku wasiatkan pada kalian.
“Sebagai contoh, penampilan TV, video Youtube, gambar IG dan penulisan Twitter.
“Kalau apa-apa terjadi, itu lah yang saya tinggalkan buat kalian. Bagaimana anda gunakannya, itu dah jadi hak anda.
“Tapi saya minta jasa baik kalian. Maka mana saya yang dahulu ada aib, tutuplah aib saya, seperti anda menutup aib sendiri.
“Ok guys? Iols nak gerak lu. Pape roger. Doakan saya. Assalamualaikum bai,” tulis Hazeman panjang lebar.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata tersentuh dengan titipan yang dibuat dan kebanyakannya turut mendoakan agar urusan bintang tersebut dipermudahkan.
Foto: Instagram Hazeman Huzir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...