Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein ada memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi mengimbau saat ketika hos Mentor Milenia 2019 itu melangsungkan majlis merisik, beberapa bulan lalu.
“Terima kasih Team #MerisikCintaAzlanElly #throwback #MajlisMerisikAzlanElly .
“Pelamin Indah dari sentuhan @firdausothmann @answedding.events .. kepommmm lovetq
Ads
“Izinkan aku merasa detik ini, 19 0ct 2019. Dlm memenuhi Impian majlis merisik kami sekeluarga, dlm masa yg sama ada juge pihak yg sedang mencari rezki & sedang mendaki utk mencipta nama serta melebarkan sayap dlm bidang masing2
“Dengan adanya majlis,Sudah pasti ada kaitan dgn para peniaga.. dgn erti kata lain, setiap majlis pasti ada juge rezki org lain
“Jutaan terima kasih buat team #MerisikCintaAzlanElly diatas kerjasama ini
Ads
“Semoga Impian kita semua tercapai.. Doa saya buat kalian semoga terus berjaya dalam perniagaan anda..Lebarkan sayapmuMAJLIS MERISIK AZLAN DAN ELLY MAZLEIN,” tulisnya panjang lebar.
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan ‘selamat pengantin baru’ kepada pendakwah bebas, Dai Nik Farhan dan isterinya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Aerin yang telah bernikah pada September lalu di Mekah.
Bagaimanapun, status mereka mula didedahkan Farhan menerusi foto yang dimuat naiknya di Instagram pada petengahan November lalu atas permintaan bekas isterinya, Fatin.
Dalam pada itu, Farhan atau nama penuhnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad dilihat meraikan ulang tahun kelahiran Aerin semalam yang disambut secara sederhana.
“Kenangan yg indah tercipta pd tarikh 19 hb ni ..Sanah Helwah buat isteriku tercinta @drholisw, moga sentiasa disinari cahaya kebahagiaan dlm hidup, dilimpahkan rezeki yg barakah, sukses selalu dunia akhirat..aamiin.
“Teruskan semangat memberi manfaat pd masyarakat dlm dunia perubatan & kesihatan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Farhan,29, meminta agar isterinya itu tidak mudah putus asa dalam kehidupan tatkala dihujani kecaman dan pandangan sinis dari orang ramai.
“Abaikan kata2 mereka yg iri hati dgn ketokohan syg dlm bidang kedoktoran. Yakin dgn Allah, kongsi kebaikan dgn kasih sayang, teruskan merawat insan2 utk mereka kembali sihat walafiat, selesa & bahagia beribadah kpd Tuhan-Nya..fii amanillah,” akhirinya.
Menerusi foto yang dikongsikan juara program Dai musim kedua itu, dia telah merakam foto bersama isterinya sambil memberikan hadiah dengan balutan kuning keemasan.
Terdahulu, Farhan memaklumkan dia bernikah dengan Aerin yang berstatus ibu tunggal beranak lapan di Tanah Suci Mekah.
Farhan turut memaklumkan turut menceraikan isteri pertama, Fatin Nurul Ain dengan talak satu.
Malah difahamkan, ketika itu Fatin sedang sarat mengandung anak kedua mereka.
Baru sahaja melangsungkan perkahwinan 13 Disember lalu, pengacara dan pelakon Ain Edruce berkongsi posting terbaru di laman Instagram.
Malah, bintang tinggi lampai itu turut mahu ‘tag’ suaminya bersama di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun apabila meninjau di ruang komen, rata-rata netizen bertanya mengapa wajah lelaki di Instagram cukup berbeza dengan wajah suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa meski punya nama yang serupa.
Malah ada yang bercanda, mendakwa pelakon berusia 27 tahun ini ‘tersalah suami’.
Terdahulu, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Selepas itu, Zizie menimang cahaya mata ketiga bernama Alisa Bella Izette pada 1 Mac yang lalu.
Foto: Instagram Zizie Izette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.