Hiburan

Izara Aishah Kasar, Tak ‘Filter’ Waktu ‘Live’? Jadi Diri Sendiri – “Bertenang, Bukan Awak Saja, Saya Pun Menyampah.”

Share

Pelakon dan usahawan, Izara Aishah tampil memberikan penjelasan selepas dikecam segelintir netizen berikutan tindakannya yang dikatakan bercakap kasar ketika menjual tudung dalam sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Menjawab isu berkenaan, Izara menyifatkan gaya komunikasinya hanyalah gurauan santai bersama para peminat dan bukan sesuatu yang perlu dibesar-besarkan.

Malah, menurutnya lagi, video yang tular hanyalah potongan klip pendek yang telah disunting dan tidak mewakili keseluruhan suasana siaran langsung tersebut.

“Bertenang, bukan awak seorang sahaja. Saya pun menyampah dan ‘cringe’ tengok video sendiri.

“Biasanya bahagian yang garang dan sarkastik itu yang jadi viral. 90% bahagian bila saya cakap elok-elok, ramai tak kisah pun nak kongsi,” tulisnya menerusi hantaran di aplikasi Thread.

Izara turut menjelaskan, sepanjang mengendalikan sesi siaran langsung, dia lebih selesa menjadi dirinya yang sebenar tanpa perlu terlalu mengawal percakapan atau gerak-geri.

“Kalau jadi diri sendiri itu nampak toksik bagi awak, baguslah untuk saya. Saya tak kisah. Kebanyakkan orang suka sahaja.

“Biasanya orang fake memang tak selesa dengan karakter yang autentik. Atau orang kurang bijak sahaja yang terus buat kesimpulan tanpa tahu cerita sebenar,” katanya lagi.

Ramai Terhibur, Mahu Izara Tak ‘Fake’

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat lebih memahami dan menyokong tindakan Izara. Mereka mengakui terhibur dengan sikapnya yang spontan dan jujur sepanjang sesi siaran langsung.

Antara komen netizen yang mencuri tumpuan termasuklah;

“Jadi realistik lebih baik daripada berpura-pura. Saya okay sahaja. Love you.”

“Kami suka dan enjoy sebab awak realistik. Yang tak berapa nak cerdik sahaja suka komen marah-marah.
Ingat buat live ni tak letih jiwa raga? Tapi ampa live marah-marah pon comey jaaa.”

“Beria pula dia dekat situ. Padahal Izara bergurau je pun. Yang selalu tengok live pun yang memang peminat. Beria tak suka la, annoying la. Biaq pi la peminat Izara suka.”

“Tak mengapa. Teruskan dengan watak sekarang. Ramai lagi yang suka. Saya tengok video akak ulang-ulang. Saya ni ada simptom-simptom stres tapi bila tengok video akak saya rasa seronok.”

Terdahulu, nama Izara menjadi tumpuan selepas klip siaran langsung yang memperlihatkan dirinya bercakap dalam nada agak tegas dan ‘kasar’ kepada pelanggan mula tersebar, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi warganet.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH