Baru-baru ini, ada di kalangan suamisuami menjadi ‘suri rumah sepenuh masa’ dan ia telah menjadi topik perbualan hangat di kalangan wargamaya.
Ia susulan satu keratan akhbar berita berkenaan tular di laman media sosial melaporkan mengenai hal berkenaan.
Doktor selebriti, Dr. Say Shazril tidak terkecuali memberikan pendapat mengenai perkara tersebut.
Bapa kepada dua orang cahaya mata ini mendedahkan, ada segelintir para suami yang berasa selesa untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
Ads
“Sepanjang posts saya mengenai rumah tangga pun ada followers yg bercerita suami mereka selesa jadi SAHD (Stay At Home Dad).
“Cuma persoalannya sekarang APA PANDANGAN ANDA PABILA ISTERI MENGGAJIKAN SUAMI KERANA SUAMI LEBIH RELA JADI SURI RUMAH?,” tulisnya.
Ads
Say menambah, situasi sedemikian mungkin berlaku atas faktor semasa yang telah berubah.
Di samping itu, Say berpendapat tidak menjadi satu masalah untuk suami untuk menjadi suri rumah sepenuh masa sekiranya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.
“Nevertheless, zaman dah berubah. As long as suami tu berfungsi & bukan biawak hidup, bersyukur sesangat dah Better ada husband yg take care wellbeing anak2 & rumah daripada husband yg culas segala2nya.
Ads
“Mungkin ada yg pandang sy & Dr Sheikh sebagai SAHD tapi walaupun sy duduk rumah sy akan pastikan tanggungjawab sy which is to earn for my family terpelihara. Biarlah goyang tulur tapi sekiranya goyangan itu membuahkan hasil daku rela bergoyang,” tulisnya lagi.
Usaha murni pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI, telah diiktiraf di pentas global.
Ternyata aplikasi pembelajaran dalam talian dipanggil PTTI:Better Result yang dipromosikan tahun lalu itu memberi manfaat kepada ramai pelajar.
Menerusi persidangan dipanggil Education 2.0 yang menghimpunkan ramai para ilmuan akademik itu, pusat ilmiah berkenaan dinobatkan sebagai penerima Education 2.0 – Best Companies Award.
Majlis yang berlangsung di Intercontinental Dubai Festival City, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu mencatat kejayaan bermakna, sekali gus menjadikannya sebagai aplikasi pembelajaran kebanggaan Malaysia pertama menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Tak ketinggalan, pengiktirafan yang diterima pada 23 Mac lalu itu juga dinilai kepada sumbangan PTTI dalam menyediakan platform untuk rangkaian dan perkongsian ilmu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana memanjat kesyukuran dan rasa bangga kerana usaha mereka dipandang di peringkat antarabangsa.
“Kejayaan ini menjadi penanda aras baharu kepada kami dalam terus memastikan niat membangkitkan sektor pendidikan di tangga paling utama. Kejayaan ini juga hasil kerja keras dan usaha pasukan kami yang menjadi nadi di sebalik susur galur kembara perjalanan PTTI.
“Tak dilupakan kepada tulang belakang, mentor usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman, ibu bapa, keluarga tersayang dan teman.
“Pengiktirafan ini juga bukan penamat untuk kami statik di zon selesa. Perjuangan menyebar ilmu ini takkan pernah berakhir,” kata Cikgu Fana.
Tambahnya, visi dan misi pusat ilmiah itu untuk menjadi syarikat berasaskan pendidikan dan teknologi atau disebut edutech tetap berpaksikan tiga prinsip utama.
“Pertama, kami mahu terus memberi manfaat kepada orang lain terutama pelajar dengan tangkas dan fleksibel. Kedua, kami juga mahu terus berinovasi untuk kualiti pendidikan yang lebih baik.
“Ketiga, untuk memastikan kami terus menyampaikan hasilterbaik demi kecemerlangan pelajar. Secara rumusannya, kami juga mengubah masa depan dan memberi impak kepada pendidikan 1 bilion pelajar seluruh dunia demi hasil dan kehidupan lebih baik,” katanya lagi.
Selain Cikgu Fana, kunjungannya ke Dubai sejak 21 Mac lalu turut ditemani lima lagi yang lain termasuk Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali (Cikgu Habib).
Pengiktirafan berkenaan dinilai daripada lima sudut termasuklah reputasi dibina, aspek kreatif, pandangan kewangan, berdaya saing danberkepimpinan tinggi.
Penilaian dibuat berdasarkan pertimbangan serta penyelidikan teliti juga tidak syak lagi menyebelahi pusat ilmiah itu untuk diangkat sebagai penerima pengiktirafan terbabit.
Pusat ilmiah itu bermula secara tidak rasmi sekitar tahun 2014. Bagaimanapun pada tahun 2016, pusat berkenaan menjadi semakin agresif dalam terus memberi manfaat kepada pelajar.
Sepanjang tempoh kewujudan, pusat ilmiah itu turut menggunakan golongan berpengaruh yang cemerlang dalam akademik seperti Mira Filzah dan terbaru Iman Troye dan MK K-Clique sebagai duta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Akhirnya, figura di sebalik topeng Mat Penyu di program hiburan realiti The Masked Singer musim kedua telah terbongkar selepas pelakon, Zul Huzaimy diumumkan sebagai peserta tersingkir di saingan konsert minggu keenam.
Ketika di akhir siaran rancangan program tersebut, pelakon filem KL Menjerit ini tetap menzahirkan rasa gembira meski tidak berjaya mara untuk ke saingan peringkat seterusnya.
“Sejujurnya, perasaan saya sedih lah bila tak dapat nak teruskan ke peringkat seterusnya. Namun begitu, saya tetap berasa seronok,” luahnya.
Dalam pada itu, Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki tidak menyangka apabila juri tetap Datuk Aznil Haji Nawawi dapat meneka namanya di sebalik topeng Mat Penyu, pada saingan konsert minggu kedua.
“Sebenarnya, saya tak jangka pada minggu kedua apabila Pak Nil dapat meneka nama saya.
“Saya dah dapat agak dari awal lagi sebab saya pernah menyanyi bersama Pak Nil sebelum ini dan kami pun memang rapat,” katanya lagi.
Di samping itu, pelakon berusia 43 tahun ini turut memberitahu ini merupakan kali pertama dia menyertai pertandingan program nyanyian.
“Saya tak pernah menyanyi dalam mana-mana program yang berbentuk pertandingan, menyanyi biasa tu pernah lah.
“Tapi untuk pertandingan ini merupakan kali pertama saya bersama dengan barisan penyanyi profesional,” dedahnya lagi.
The Masked Singer Malaysia musim kedua telah menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Ella, Ramona Zamzam, Michael Ang, Amy Mastura, Raja Azura, Zizan Razak, Remy Ishak dan Angah Raja Lawak.
Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna HD (107), mulai 28 Januari 2022.
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia musim kedua diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zul Huzaimy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terlibat dalam bidang perbankan dan agensi insuran sebelum ini, Farah Syuhada Shamshul, 28, tidak menafikan penampilannya yang tampak yakin menyebabkan dia pernah dipelawa untuk terjun secara serius dalam dunia lakonan.
Malah, Farah yang sebelum ini pernah mencapai tahap ‘Million Ringgit Agency’ bagi dua tahun lalu akui, pelawaan yang diterimanya itu adalah kerana dia dikatakan memiliki ciri pelakon yang boleh diasah bakatnya.
“Jujurnya saya berminat tetapi belum pernah mencuba. Malah saya sendiri tidak mempunyai pendedahan terhadap industri seni juga. Namun saya tidak menafikan, sebelum ini ada kali klien menawarkan peluang untuk hadiri uji bakat lakonan beberapa kali.
“Cuma pada ketika itu, saya masih belum bersedia dan mungkin kerana komitmen padat pada ketika itu membuatkan percubaan itu tersekat. Pada masa sama, saya seorang ‘introvert’. Jadi tak pasti sejauh mana lakonan sesuai dengan saya atau sebaliknya.
“Sekarang saya fokus kepada industri ‘food and beverage’ (f&b) menerusi kafe Farine & Sucre. Jadi buat masa sekarang inilah cinta dan keutamaan saya. Siapa tahu bila tiba masa yang sesuai, saya yakin untuk terlibat dalam seni selepas ini, insya-Allah,” katanya.
Mengulas mengenai kafe yang diusahakan bersama adiknya, Farra Sofea Shamshul, 21, Farine & Sucre yang bertemakan hidangan Perancis ini menawarkan menu enak sambil menjanji keselesaan buat pengunjung.
“Visi kami adalah untuk berkongsi keterujaan para pelanggan melalui makanan berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik dalam keunikan suasana yang berbeza.
“Sementara misi kami pula, untuk memberikan pelanggan suatu lokasi yang dapat mencipta momen istimewa dengan menawarkan seleksi makanan bertemakan inspirasi Parisian, perkhidmatan dan suasana baharu kepada masyarakat,” katanya.
Terletak di Seksyen 7, Shah Alam, kafe unik ini juga terbuka untuk menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan lepasan universiti dan mereka yang tiada pengalaman berkerja untuk sama-sama membina jenama ini bersama mereka.
“Farine & Sucre bermaksud tepung dan gula dalam bahasa Perancis. Ia sangat bersesuaian dengan tema kami, memandangkan kami terinspirasi dengan konsep cafe ala Perancis yang cukup terkenal dengan keenakan pelbagai hidangan pastri.
“Malah di sebalik nama tersebut, ia terselit nilai sentimental, kerana ia berkait rapat dengan huruf pertama pada nama kami berdua iaitu Farah Syuhada dan Farah Sofea,” tambahnya.
Berkongsi mengenai hidangan tanda kenal (signature dish), Farine & Sucre memperkenalkan aneka pencuci mulut (dessert) yang sebahagiannya di import khas dari Perancis.
“Kami terdorong menghidangkan makanan dengan kualiti terbaik, harga munasabah yang bersesuaian dengan permintaan. Malah, sebahagian daripada dessert yang kami sediakan di kafe diimport khas dari Perancis, seperti macarons, baguettes dan chocolate roll!
“Ini kerana sebahagian pencuci mulut iaitu macarons misalnya, perlu melalui proses pembuatan yang rumit dan kami mahu memastikan hidangan yang disediakan di sini hanya yang terbaik dan berkualiti tinggi,” katanya lagi.
Selain hidangan tanda kenal Macarons yang dibawa khas dari Perancis, Pavlova dan Peach strudels juga menjadi antara daya tarikan utama di kafe ini selain pelbagai pilihan pastri.
Malah, minuman istimewa juga tersedia termasuk minuman penyegar yang diolah berkonsepkan figura puteri-puteri Disney.
Bersempena ketibaan Ramadan, mereka tidak ketinggalan menyediakan dua set juadah berbuka puasa setiap hari iaitu Set Asian dan Set Western yang menawarkan harga bermula dari RM50 setiap set.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...