Seperti yang kita tahu beberapa hari yang lepas pelakon Johan As’ari ada memuat naik tweet meminta pihak berkuasa untuk memeriksa rumah Perdana Menteri Malaysia.

‘Rumah Tun M Mesti Banyak Jugak Duit’ – Johan As’ari Minta Periksa Rumah Tun M

Walaupun Johan hanya sekadar berjenaka dan tidak menyangka perkara seperti ini boleh menjadi viral dan hangat diperkatakan di media sosial ramai yang kurang selesa dengan kenyataannya.

Rupa-rupanya di kalangan selebriti juga ada yang kurang berpuas hati dan meminta Johan lebih baik untuk berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan seperti ini.

Antara individu yang berani menegur secara terang-terangan adalah Datin Seri Umie Aida.

IKLAN

Melalui ruangan Facebook, Umie berkata berdiam itu lebih baik daripada bercakap sambil memuat naik keratan artikel mengenai kenyataan Johan di Twitter itu.

Isu Periksa Rumah Tun M, Umie Aida Minta Johan As’ari Diam?

IKLAN

Apap yang MH perasan ada pengikut menjelaskan Johan hanya bergurau, namun Umie mempersoalkan mengapa isu seperti ini boleh dibawa bergurau dan menganggap ia sebagai salah satu pubilisiti murahan.

Isu Periksa Rumah Tun M, Umie Aida Minta Johan As’ari Diam?

IKLAN

Bagaimanapun Umie menjelaskan bakal memadam posting ini dalam masa terdekat kerana tidak mahu menyemakkan pagenya.

Isu Periksa Rumah Tun M, Umie Aida Minta Johan As’ari Diam?

Bagi MH, ada benarnya apa yang dikatakan oleh Umie. Jika kita tiada benda yang baik untuk diucapkan, lebih baik diamkan diri. Malah, isu seperti ini janganlah diperlekehkan terutamanya jika yang berkata itu salah seorang public figure, kan tak manis?

Apapun harap Johan tidak ulangi kesilapan ini lagi da mengambil serius dalam hal-hal sebegini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI