Berhubung isu hadiah penaja pertandingan nyanyian yang masih belum diterimanya, Lan Solo mengakui dia dan keluarganya sentiasa redha dengan segala keputusan. Meskipun tidak mendapat tanah lot seperti mana yang telah dijanjikan pihak penaja.

Menurut Lan, dirinya bukanlah seorang yang suka memaksa-maksa sebaliknya percaya dengan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.

“Saya bukan sejenis yang suka memaksa-maksa. Senang kata kalau Allah kata itu bukan rezeki kita, maksudnya bukanlah.

 

“Kalau pihak penaja tanah dah berkata mereka sudah tidak boleh nak buat apa-apa, apa yang harus saya katakan?

 

“Namun, Itu kalau saya seorang, tapi sekarang saya dah berganding bahu bersama Aishah dan Liza Hanim. Jadi, kami akan buat sesuatu untuk mendapatkan hak kami,” katanya kepada MH.

Langsung ditanya mengenai sejauh mana perkembangan isu tanah tersebut ketika ini, ini jawapan yang diberikan oleh penyanyi tersebut;

IKLAN

“Semalam kami bertiga telah berjumpa dengan pihak penaja tersebut bersama dengan seorang peguam dan mereka memberi tahu, kata putus akan diberikan dalam masa tiga hari.

 

“Kami membawa seorang peguam bukanlah untuk menyaman mana-mana pihak sebaliknya kami ingin menyelesaikan isu ini mengikut undang-undang, jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Lan kini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya bertajuk Berpisah Tanpa Rela yang telah mendapat lebih daripada 500 ribu tontonan di You Tube.

Ikuti sedutan sekitar sesi pengambaran Lan Solo di The Stage menerusi FB Live MH.

IKLAN

IKLAN

Lan Solo In The House Yaw! ?

Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 11 September 2018

Foto: Carian Google

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI