Michael kata, Dia Bukan Back Up Kutuk Siapa-Siapa, Jadi Tak Payah Terasa!

Kecoh di laman sosial baru-baru ini apabila beberapa barisan artis dan instafamous menggunakan barangan jenama tiruan, lalu didedahkan menerusi media sosial.

Lalu, Michael Ang menyuarakan pendapatnya melalui status yang dimuatnaik di Instagram.

Menerusi status Michael, dia tidak mempunyai niat untuk menyidir mana-mana pihak, sebaliknya dia hanya memberi pendapat sahaja.

IKLAN

“Pendapat I aje! Bukan back up or kutuk siapa siapa! So tak payah terasa! Luv u all!”

 

“P/s kalau artist pakai fake pun org Ingat ori! Hehehehehe”

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Michael dan telah meninggalkan komen dalam ruangan status pengarah terkenal itu.

IKLAN

Antara artis yang dikaitkan dalam hal berkenaan termasuklah Aiman Tino, Janna Nick, Ara Johari, Fathia Latiff dan Emma Maembong.

Tak kisah barangan itu original atau fake, yang penting ikut kemampuan masing-masing bak kata pepatah, ukur baju dibadan sendiri.