Nampak gayanya isu kacau suami orang kini semakin panas dan telah menarik perhatian ramai wanita terutamanya yang berstatus isteri.

Isteri kepada pelakon lelaki popular, Syukri Yahaya iaitu Tya Adnan juga telah berkongsi nasihat kepada semua bahawa tidak elok untuk kaum wanita di luar sana mengganggu lelaki yang sudah berkahwin.

Perkongsiannya di akaun Instagram miliknya ini telah mendapat lebih daripada 28,000 like sejak dia memuatnaik posting tersebut.

IKLAN

Tya menyatakan, bahawa tidak perlulah wanita cuba untuk mendekati lelaki yang sudah berumah tangga kerana niat lelaki yang sudah berkahwin ini hanyalah untuk main-main sahaja kerana di penghujungnya mereka tetap akan balik kepada isteri dan anak-anak mereka.

A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan) on

IKLAN

Menerusi ruang kapsyen pula Tya sempat menyatakan bahawa postingnya ini tidak ditujukan pada sesiapa dan ianya hanyalah postingnya secara ‘random’ sahaja.

“Sedikit kata-kata hikmat daripada kami persatuan isteri-isteri dan mak-mak. Thank you �
(But please, this is random words to random people ya),” tulis kapsyennya.

Ada kebenaran di dalam setiap kata hikmat yang dikeluarkan oleh Tya ini. Pastinya setiap wanita di muka bumi ini tidak suka apabila hak miliknya diganggu oleh orang lain.

IKLAN

Jadi pada wanita di luar sana mungkin boleh mengambil kata-kata nasihat dari Tya ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini dan secara tidak langsung meruntuhkan masjid sebuah keluarga yang telah terbina.

Sumber: Instagram Tya Adnan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI