
Konsert minggu kelima Gegar Vaganza 12 (GV12) yang bersiaran secara langsung malam tadi menyaksikan kesemua 11 peserta berjaya melayakkan diri ke minggu keenam selepas tiada penyingkiran dilakukan.
Iskandar Ismail sukses meneruskan momentum cemerlang apabila berjaya menduduki tempat pertama buat kali kedua berturut-turut dengan markah keseluruhan sebanyak 74.50 peratus.
Bertemakan RNR (Rare & Random), Iskandar membawakan lagu popular Hael Husaini,
Kelentang Kelentong dan berjaya memikat hati juri.Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing diungguli oleh Mendua dan Nubhan dengan 67.25 peratus sementara Korie yang menyampaikan lagu Malam Pesta Muda-Mudi berada di kedudukan seterusnya.
Shae dan Rahmat Ekamatra pula mengisi dua tempat terbawah dengan masing-masing mengumpul markah keseluruhan sebanyak 59.50 peratus dan 56.00 peratus.
Semak senarai semua markah peserta GV12 minggu ini;
13 bintang GV12 terdiri daripada Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).
Dari Indonesia, pentas GV12 diserikan oleh Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana), manakala Singapura bangga diwakili oleh Iskandar Ismail.
Menambah warna tersendiri,
SHY8 tampil sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar dalam GV-Verse.Gegar Vaganza tahun ini masih mengekalkan barisan juri profesional Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS, manakala Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad mengendalikan acara sebagai pengacara utama.
GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (104), bermula 2 November 2025 untuk tempoh 12 minggu.
Minggu lalu, SHY8 dan Elaine Kang diumumkan sebagai dua peserta terawal yang tersingkir.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini