Categories: Berita Hiburan

Iskandar Ismail ‘Lock’ Tangga Teratas 74.50% & Jadi Spotlight GV12! Krisya Raih 56.50%, Tapi Mujur Tiada Penyingkiran

Share

Penyanyi asal Singapura, Iskandar Ismail menampilkan persembahan mantap menerusi lagu Golimar pada saingan minggu kelapan Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), sekali gus menduduki tangga teratas dengan markah 74.50% malam tadi.

Di kedudukan kedua pula disandang Mendua dengan 72.75%, diikuti Nubhan yang mencatat 71.50%, masing-masing membawakan lagu Nessun Dorma dan Cicak.

 

Kedudukan Teratas & Bawah

Dalam pada itu, tiga peserta yang berada di kedudukan terendah ialah

Ruri Repvblik, diikuti Shae dan Krisya.

Bagaimanapun, Krisya yang hanya mencatatkan markah 56.50% boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan pada minggu ini.

Berikut adalah kedudukan penuh dan markah keseluruhan peserta minggu kelapan GV12;

 

Penganjuran GV12

Sebanyak 13 bintang berentap dalam Gegar Vaganza musim ini iaitu Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura serta kumpulan Freshies (Ejie dan Shima).

Dari Indonesia, pentas GV12 diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri. Singapura pula diwakili oleh Iskandar Ismail, manakala

SHY8hadir sebagai peserta wildcard musim ini.

Ia pastinya menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Penganjuran Gegar Vaganza tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang

dan Datuk Ramli MS sebagai juri tetap. Program ini dikendalikan oleh dua hos, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA, Shah Alam bermula 2 November 2025, setiap Ahad jam 9 malam, dan dipancarkan menerusi Astro Ria (saluran 104).

Program realiti ini juga boleh disaksikan secara strim On Demand di Astro GO dan sooka.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH